Friday, December 31, 2010
~Tinggal kenangan 2010~
Thursday, December 30, 2010
~Mama, Abang & baby Raffeq~
Mama & Raffeq
Semoga bahagia selamanya....
Wednesday, December 29, 2010
~Dunkin Donat~
Lamanya aku tak makan dunkin donat nih..
.semenjak balik kelantan ni rasanya jarang makan..almaklumlah kat sini terdapat hanya di Kota Bharu sahaja...kalau kat K.L..mana2 tesco mesti ada jual donat nih...my fovourite donut yg inti nya coklat n coklat rice besalut kat permukaan dia...Kebetulan plak cik hubby aku ke Kuala Lumpur jadi aku pon sempatlah berpesan kat dia....
*
*
*
Bila bercerita pasal donut ni..teringat plak masa kami sekeluarga duduk kat Shah Alam...time nak balik kampung mesti singgah sebentar kat Dunkin Donut Gombak untuk membelinya....dijadikan juadah semasa perjalanan..Cik hubby aku beli 2 set..dapatlah 12 biji..untung sikit....sampai umah tinggal 10 biji jer...
yang lagi kelakarnya ..hihihi...
*
*
*
*
*
Tengok...
donat hanya tinggal 3 biji yg aku sempat ambik gambarnya...bukan aper masa cik hubby balik tu..aku di rumah mertua ..tak bw kamera..mulanya dah simpan 5 biji tapi anak sedara ramai jd terpaksa bglah siki2 sorang...
so donut yg tinggal utk aku bawa balik ke rumah aku ni jer...apapon...masih ada utk di rakam & dimasukan dlm ni..ada lg kenangan utk di tengok nanti...
Friday, December 24, 2010
Telor Bungkus
*
*
buka peti ais tengok ada daging, ayam, carrot n timun batang...
so aku pikir2 boleh nak dijadikan telor bungkus nih....lagipon dah lama tak masak resepi ni..lama2 tak makan rasa sedap...tanpa melengahkan masa aku pon bersiap sedia untuk menyediakan intinya...hihi..
*
*
*
semua aku campor ( potong kecik2 )...masak dgn sos tiram & sos cili...
perasa mengikut citarasa sendiri.....
Sunday, December 19, 2010
~CuBaaN YaNg PeRtaMa~
Semangat yg membuak-buak untuk membuat kuih,..
aku telah menyediakan segala macam peralatan dan bahan-bahan untuk menghasilkan kuih Sri Muka ini...akhirnya dengan penuh keyakinan & dedikasi aku telah membuat kuih ini..maka dengan rasa bangganya ...cubaan yg pertama kali ini aku telah berjaya mengahasilkan kuih sri Muka ini dengan jayanya..... ..
*
*
*
*
*
*
*
pulutnya yg lapisan bawah tu tak berapa cantik..ini kerana ia agak lembik...aku terlebih letak santan..sedap memangla sedap..sebab lemak..tapi pulut menjadi lembik dan susak nak dipotong...ianya melekat-lekat....
kalu nak dijual memang tak boleh tak cantik dah susah dipotong...
*
*
Thats all untuk kali ini...
nanti aku akan cuba buat kuih yg lain plak...bagi yg baru nak mencuba
selamat mencuba..resepi boleh didapati dalam internet...heheh
Good Luck!!!!
*********
Wednesday, December 15, 2010
~Kuih oh!..kuih...~
Bingka ni nampak cam sedap jer..tapi tak pernah buat dan tak pernah makan....tapi tengok bahan2 dia n cara membuatnya senang jer..tapi tak taulah ..kalu nak tau nampak gayanya kena cuba dulu....
Monday, November 29, 2010
Sukanya...
~KEK COKLAT LAGI~
bersempena dengan jamuan akhir tahun sekolah tadika ank aku..nak dijadikan juadah bersama nanti...
.kali ni aku buat kek coklat versi lain sikit..guna resepi yg jiran bagi..x sama dgn resepi yg aku buat dulu...yg ni rasa dia lebih sedap dan kek lebih basah..bezanya yg dulu aku guna marjerin tapi kali ni guna minyak jagung...
memang rasanya yg lazat dan kek yg lembut...berbaloi-baloi...seperti beli kat kedai.....heheeh..angkat bakul nampak.....
Resepi
Bahan A
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
3 biji telor-dipukul hingga kembang
1 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri ( kalau guna tepung gandum masukan 1 sudu teh soda & baking powder )
Bahan Topeng
5 sudu besar susu cair
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
1 susu besar mentega
badam / coklat rice utk hiasan
Cara-cara
1. Campurkan bahan A dan kacau dia atas api yg sederhana sehingga sebati dan sejukan.
2. Masukan telor yg telah dipukul hingga kembang ke dalam bahan A
3. Masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati
4. Masukan dalam loyang dan kukus hingga masak ( 1/2 jam @ 45 minit )
5.Untuk topeng campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.sejukan dan tuang ke atas kek yg telah sejuk.
6. Tabur badam / coklat urai
Sunday, November 28, 2010
~SaJeR-SaJeR~
jadi kita builah peluang ko dia....gambar ni aku ambik sebelum nok tubik g derak umah mok tua..sajo kah puah etek..at least bulihlah masuk dalam blog aku nih...
Saturday, November 27, 2010
RaYa AiDiLaDHa
Laguku
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian
Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan
Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey
Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..