Monday, November 29, 2010

~KEK COKLAT LAGI~

Teringin nak makan kek coklat...tu yg buat tu...tambah2
bersempena dengan jamuan akhir tahun sekolah tadika ank aku..nak dijadikan juadah bersama nanti...
.kali ni aku buat kek coklat versi lain sikit..guna resepi yg jiran bagi..x sama dgn resepi yg aku buat dulu...yg ni rasa dia lebih sedap dan kek lebih basah..bezanya yg dulu aku guna marjerin tapi kali ni guna minyak jagung...



Saper-saper yg nak cuba buat boleh ambik guna resepi ni..
memang rasanya yg lazat dan kek yg lembut...berbaloi-baloi...seperti beli kat kedai.....heheeh..angkat bakul nampak.....

Resepi

Bahan A
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
3 biji telor-dipukul hingga kembang
1 cawan tepung gandum / tepung naik sendiri ( kalau guna tepung gandum masukan 1 sudu teh soda  & baking powder )

Bahan Topeng
5 sudu besar susu cair
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
1 susu besar mentega
badam / coklat rice utk hiasan

Cara-cara
1. Campurkan bahan A dan kacau dia atas api yg sederhana sehingga sebati dan sejukan.

2. Masukan telor yg telah dipukul hingga kembang ke dalam bahan A

3. Masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati

4. Masukan dalam loyang dan kukus hingga masak ( 1/2 jam @ 45 minit )

5.Untuk topeng campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.sejukan dan tuang ke atas kek yg telah sejuk.

6. Tabur badam / coklat urai

itu sahaja...selamat mencuba!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..