Saturday, January 29, 2011

~SRi KaYa~

Hujan renyai-renyai yg turun membuatkan perutku terasa lapar..
tak tahu apa yg nak dimakan..
makanan pon tiada di dapurku....ku intai2 barangkali ada brg2 di dalam almari ...yg boleh dijadikan juadah petang ni....umm..nasib baiklah ada beras pulut..tanpa berlengah-lengah lg aku pon sediakan bhn2 utk memasak pulut Sri kaya ni...
emmm...kuih ni mmg kuih yg aku suka tambah2 yg warna coklat tu....
sedap....

*
*
*
*



Inilah hasil kuih yang telah siap dimasak..
gambar tak berapa cantik sebab guna crystal eye notebook...
kamera adik pinjam..so utk tidak lepaskan peluang nak masukan nya dia blog ku ini..
terpaksalah guna apa yg ada..hihi..
tak kisah janji dapat 'share' bersama-sama kawan...

Maaf...gambar ni ada sedikit gangguan...
tiba2 jer ank aku kat belakang tuh..
dahlah tak berbajxu....
hu3x..
takpelah takyah tengok budak tuh!!!tengok gambar kuih jer..
pura2 tak ada org kat belakang tu....

Bagi mereka yg ingin mencuba boleh mencuba resepi ini...
resepi ni aku ambik dr salah seorang guru masa mengajar kat SMK Alor Pasir dulu...
sekali buat dah jadi..
senang saja....

BAHAN2 NYA ( Hidangan utk 3 org sajer )

LAPISAN BAWAH

1 Cwn beras pulut
sedikit santan &
air sedikit garam ( dikukus @ masak mcm biasa )
lepas masak tekap didlm loyang

LAPISAN ATAS

3 biji telor
1 setengah keping gula melaka
sedikit gula
sedikit air
semua bahan dicairkan dalam periuk kecuali telor
setelah semuanya sebati masukan di atas lapisan pulut
kemudian kukus sehingga masak

~~:SELAMAT MENCUBA:~~

Friday, January 28, 2011

~HaiRaN BiN AjaiB~


Alkisahnya.....
anak aku yg sulong ni..
lepas jer mandi terus dia pakai baju...aku tak perasan plak baju yg dia pakai, biasa kalau lepas mandi nak pakai baju punyalah susah...aku kat tingkat ats mandi & nak solat zuhor...lepas siap semua aku pon turunlah bawah....
yg kelakarnya& aku pelik nya.. naper dia pakai baju nih..biasa kalu nak suruh pakai taknak..asyik pakai baju yg mengelebeh jer..tambah2 duk kat umah jer..tiba2 dia melawa plak....
hairan bin ajaib aku....
nak tengok baju aper yg dipakainyer..
&
kenapa?????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Baju yg dia pakai ni takder lah pelik sangat..
tapi sebenarnya yg jadi pelik tu ..
kebiasaanya kalu ptg2 duk kat umah ni pakai t-shirt ultraman / spiderman jer..
tapi bila hr ni dia berbaju mcm tu aku hairanlah..rupa-rupanya sebab dia tahu cikgu dia nak datang umah petang ni...
kejap2 tanya..bilalah cikgu nak sampai/???...rasanya kalu cikgu x jadi datang..habislah aku..mengamuk habisla tu......huhu

*
*
*
Sebab itulah dia pakai macam tu..kih3x....macam tu lah rupanya..tadi aku ada bagitahu dia yg cikgu dia nk datang umah....patutla....Agaknya apa yg dia fikir yea???macam-macam plak budak ni.....tapi aku tanya dia " abng knp handsome ni...pakai baju comel2 ..nok g mana' tersengih dia...hi3x..malulah tu....

Wednesday, January 26, 2011

Si RaFFeQ DeMaM


Kesiannya si Raffeq nih....kena selsema
Batuk + kahak masih tak hilang-hilang..nak bernafas pon tak selesa...."selsema cepatlah dikau menghilang.."

Hari ni dah masuk 5 hari dia batuk + selsema...dah pergi Klinik, dah bagi mkn ubat tapi still sama...nasib baiklah dia ni tak meragam..
walaupon tak sihat ...masih lagi bermain...cuma time mkn ubat jer..mesti dia menangis..dah pandai x nak mkn ubat...kecik2 dah pyh mkn ubat..ikut jejak abang lah tuh..!!abang dia sampai sekarang pon susah nak mkn ubat....

Tengok hari ni cam ner???kalu tak hilang lagi...nak kena g sedut kahak kat hospital...

Semoga cepat sembuh anakku....

Saturday, January 22, 2011

~MiLO Ais TaBuR + CoKLaT RiCE~

Emmm...baru jer lepas try milo ais ni..sajer nak testing lepas tengok
dalam resepi potret kasih...
Tapi aku tambah sikit letak coklat rice( warna warni )
resepi sebenar takder pon..hi3xxx



Boleh cuba..sedap jugak nih....ank aku tak nak..
aku minum sorang2 jer..kui3xxx...

Resepi Nasi Ayam

Resepi kali ni nasi Ayam Ipoh..
bersempena dengan Hari Ulangtahun Perkahwinan aku n suami ni..aku just masak Nasi Ayam... ajak mak mertua menjamu selera di rumah aku..Resepi kali ni aku ambik kat dalam internet di www.potretkasih.com.Anyway terima kasih potretkasih yg menyajikan resepi2 yg cukup menarik & menyelerakan....
Bagi mereka yg ingin mencuba resepi ini bolehlah mendapatkan di www.potretkasih.com & bagi mereka yg rasa mls nak mencarinya aku tolong 'copy' kan di sini...

Bahan utk nasi

4 mug beras
41/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia *
3 biji bawang putih*
3 helai daun batang bwng
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Cara-cara

Masukan Marjerin,masukan bahan* yg di blended, masukan btng bawang & daun pandan, sos tiram, minyak bijan & masukan beras dan air rebusan ayam. Masak nasi seperti biasa.


Bahan utk ayam

1 ekor ayam
3biji bawang putih *
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram & 1 sudu cuka
1 sudu madu ( jika ada )

Bahan bertanda di blended.Kemudia ayam yg telah direbus ditoskan & diperap.
kemudian goreng@ grill.


Ayam yg telah di goreng.

Bahan untuk sup & air rebusan ayam

Air secukupnya
4 biji bawang putih diketuk
3 inci halia dihiris
1 biji sengkuang didadu ( jika ada)
1 sudu besar serbuk lada sulah

Sos Kicap

5 biji bawang putih
sedikit halia
5 biji cili burung ( saya letak 1 biji jer ) x suka pedas
sedikit air rebusan ayam
garam & gula secukup rasa ( semua blended )

Sos Cili
Italic
10/15 biji cili burung ( bg yg suka pedas)
6 biji cili merah
sedikit halia
1 biji liamau kasturi/nipis
sedikit air rebusan ayam
garam & gula ( semua blended )


pemanis mulut..fruit coctail....
Sekian utk kali ini..Selamat mencuba,,,..

Tuesday, January 18, 2011

~Dari Dapurku~



Tak tahu apa nak buat..boring duduk kat umah, jadi aku terpikir apa salahnya kalau aku 'POST' kat sini menu masakan aku semalam..opsss..jangan salah anggap pulak bukannya nak menunjuk2 just nak 'sharing' dengan kawan2 ...
Emmmmmm..
nak sharing2 lah plak...macam CHEF Wan ...walupon aku bukanlah Chef Wan
tetapi percayalah kawan2 ..masakan ku sedappp...kui3xxxx...( perasan sendiri )
semalam aku cuma sempat masak kerabu pucuk paku dengan ayam masak kicap jer...tu pon last munite!!

Memandangkan waktu tengahari aku tak masak ..
jadi kenalah masak utk mkn mlm, biasanya menu tengahari akan di bawa ke mlm...sebab aku sengaja masak lebih...taklah susah pyh lg sebelah petang cuma msk nasi jer...

Kali ni tak payah susah payah nak buat kerabunya..
kerana kerabu utk nasi kerabu yg kelmarin masih ada..aku cuma kena tambah santar jer..
dan gaul bagi rata...srnang keje!!!!

Yang ni pula ayam masak kicap..
goreng simple2 jer..nak habiskan stok ayam kat dalam peti...
yang ni fovourite my hubby biasa kalu masak ayam kicap ni dia suruh letak bawang besar banyak-banyak....lagi sedap...

Nasi kerabu ni menu kelmarin...
tak sempak nak post so, tumpang lalu kat sini...hihi....biasanya nasi kerabu nasinya bewarna biru..tetapi aku buat warna kuning sebab takder bunga utk buat nasi kerabu jd biru...
jadi aku guna serbuk kunyit...
kalau kat 'kelate' kebanyakan kat kedai2 pon diorang guna pewarna kuning...kalau buat nasi putih pon ok jugak..


Berakhirlah menu masakan aku kali ini...
walupon aku bukanlah seorang tukang masak yg terkenal..tetapi cukup berpuas hati & berbangga memasak untuk keluarga,...tetapi kadangkala cik hubby ada jugak cakap.." mama ni dah boleh buka restoran" dan lulus lah katanya....hehehe....sekali sekala mendapat pujian dari suami.....kembang & berbunga-bunga hati.......takpelah tak buka restoran pon..cukup memasak untuk diri sendiri & keluarga tercinta...tetapi kepada kawan2 yg ingin merasa jemputlah datang ke rumah...!!!kedatangan anda amat di alu-alukan....

Saturday, January 15, 2011

~KUiH LaGi~


Bercerita pasal kuih lagi...
habis tu nak cerita pasal apa lagi kan??
aku punya sukalah lah nak cerita apapon..takder kaitan
dengan mereka yg masih hidup @ yg telah meninggal dunia...
Blog ini hak milik persendirian so..
tak kisahla cerita apa2 pon..janji aku suka...hihihi.
jgn marah plak yea!!!

Sebenarnya nak memberitahu kepada kawan2..
inilah hasil2 kuih yg aku aku buat
untuk di jual setiap hari Jumaat kat pasar tani Di Tanah Merah..
.kira boleh dikatakan sumber rezeki aku lah ni...
Mungkin nampak lekeh kerja membuat kuih ni..tapi bagi aku ianya cukup berbalaoi..dan Alhamdulillah....
aku bersyukur.....peduli apa org nak katakan????
asalkan kita gembira apa yg kita buat....
****

Tara...............
*
*
*
*

*
*
*


*
*
*


*
*
*

*
*
*

Juga sedia menerima tempahan.....
Bolehlah menghubugi aku di talian yg tertera di bawah..
012-3179725
Sedia maklum..

Friday, January 14, 2011

~RaGaM Si RaFFeQ~


Asyik-asyik cerita pasal Raffeq jer..
kali ni pon pasal baby Raffeq lagi..Abang jangan marah plak..
nanti lepas ni mama masukan gambar abang !!!
Sedar x sedar dah nak masuk 4 bulan umur Raffeq..
2 hari lepas g klini timbang , naik lagi 7 bunga..
sekarang ni jadi 6.7kg..
semangat betul dia..tu suka nak 'ambik' gambar2 dia..boleh dikatakan hari2 aku duk 'tangkap' gambar dia..
macam2 aksi yg ada....

*
*
*
*


tongkat dagu nampak..
tengok sapa tu????




Aksi tidur..
lenanya Raffeq tidur...!!sempat lagi ambik masa dia tidur...
barangkali sedang mimpikan yg indah-indah..



Baru boleh meniarap...
smart, pakai baju berkolar lagi...hehehhe

Handsomenya anak mama!!!
Bersiap nak g klinik...



Makin tembam daa.....


Emmm...
dari lahir sampai sekarang muka nampak berubah-rubah..
tapi satu jer yg tak berubah...
rambutnya....
rambut still kurang...&
makin berkurangan akibat geseran di bantal....

~CUPCAKE CHOCLATE MOIST~


Teringin nak makan kek coklat..
so memandangkan bahan2 nya sudah ada di dapur ku ini..
jadi makinlah senang untuk aku membuatnya..
tapi kali ni nak tukar selera ..aku buatnya dalam cup..
so jadilah Cupcake Choclate...
coklat urai yg warna warni ni tak boleh takder...
inilah fovourite my son..MIFZAL...kalau letak yg warna coklat atau badam...dia tak nak makan....jadi tiap kali aku buat kek coklat
mesti benda nilah jugak yg aku jadikan hiasannya.....
jgn marah!!!!!

Tak mengambil masa yg lama
untuk membuat kek ini...
aku rasa cara yg aku buat ni cukup mudah & singkat..
boleh jimatkan masa..
tambah2 ada ank kecik ni, tak boleh nak terperap kat dapur lama2...



Sepatutnya bentuk cup tu bulat..
tapi semasa aku aturnya kat dalam loyang,aku letak dekat2 mungkin masa kembang dia jadi 'lenyek' ..tu jadi mcm tu..tapi bentuk tak penting..yg penting rasanya....
rasanya sudah semestinya lah SEDAP...
tak percaya..??? tak mengapa..
tapi kalu anda ingin mecubanya...jangan silu & jangan segan kerana ememangnya aku sedia menerima tempahan..
.kalau rasa nak boleh hubungi aku di Normastura FB....hihi..
Jangan lupa...!!!

Sunday, January 2, 2011

FiRsT DaY ScHOOL ( 2011)

Sebulan bercuti..
.Bermula kembali agenda persekolahan untuk anak sulong aku....
AZNOR MIFZAL 6 tahun masih bersekolah di Tadika Perpaduan Kg Sat ...
Hari ni pagi2 lagi aku telah kejutkan dia supaya tak terlewat apabila cik hubby aku balik ambik nak hantarkan dia...
maklumlah semenjak ada baby ni.. aku x boleh lagi nak menghantar dia ke sekolah sprt tahun lepas...jadi cik hubby aku terpaksa mengambil alih tugas ku itu...
*
*
*
Musim hujan ni air agak sejuk..dan dari semalam lg sebelum tdo dia dah berpesan kat aku ..yg dia nak mandi air panas...jadi aku pon panaskan lah air utk dia mandi...jadi pagi ni cukup bagus apabila dia bangun tak buat perangai...Mood dia baiklah tu..

Sempat lagi nak bergambar.
.untuk memenuhi permintaan mama yg kononya nak jadikan bahan cerita dalam blog yg tak seberapa ini....
Sarapan pagi 2 batang hotdog dengan air milo...huhu..
Iitulah permintaan dia...nak tak nak kena penuhi jugak..kalu tidak merajuklah dia....

Opss....comel hotdog,..hangus ..!!

Bulat mata...semalam tido lewat, hari ni pagi2 lagi kena bangun....

Sekolah tahun ni rambut pendek, kemas..
Biasa nya cikgu jenuh berpesan suruh potong rambut..bukan nya tak nak
potong tapi dia tak bagi...
Ini dia pertama kali dalam hidup pergi potong rambut kat kedai...
sebelum ni dia cukup susah nak potong rambut. Biasa papa dia yg potong kat umah..tapi pujuk punya pujuk last2 dia nak ke kedai...tapi sayang papa dia tak bawa kamera..kalu tidak boleh lah ambik gambar..

Selamat kembali bersekolah anakku..
Semoga tahun ni harapan mama & papa nak melihat abang pandai membaca tercapai...
Jadilah anak yg baik,
taat pada ibubapa & taat pada perintah Tuhan..
Semoga kesejahteraan dan kebahagiaan akan sentiasa menyelubungi hidupmu...
Amin Ya Rabal Alamin...