Sunday, February 27, 2011

Apam Bakar


Inilah dia kuih apam bakar yg menjadi kuih tadisional masyarakat kelantan..
Bila bercerita pasal kuih ni, pada zaman dulu2 kala..kuih ni dikaitkan dgn org mati..bukannya apa, time org mati mesti org2 kampung akan buat kuih ni utk dijadikan juadah pada majlis bacaan tahlih utk si mati..tetapi fenomena ini tidak lagi berlaku pada zaman ini..
Walauapapun sebagai ank jati Kelantan aku rasa bersyukur kerana masih berkesempatan utk mempelajari bagaimana cara membuat kuih ini & berasa bangga kerana pandai membuatnya...
Terima kasih kepada mak mertua aku yg tak jemu2 memberi tunjuk ajar kepada ku dalam menghasilkan kuih2 tradisional ini...
Buat kawan2 yg ada bertanyakan tentang cara nak membuatnya..
Di sini aku sertakan resepi2 nya....

Bahan2nya
250 gram tepung beras cap daun
1 cawan gula
Sedikit air gula merah ( nak bg sedikit warna perang adunan apam )
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
3 batang serai dipotong kecik2*
1/2 inci halia *
1/2 sudu besar serbuk lada hitam *
3 biji pisang kapas *
5 buku tapai ubi kayu *
1 sudu besar ibu roti ( yis / mauripan ) *
1 biji telor *

Cara2
Semua bahan2 yg bertanda * di blend hingga hancur. Tetapi pisang & tapai di blend asing darpd bhn2 lain.
( letak pisang di bawah, tapai di atas utk memudahkan bhn di blend ).Setelah semua bahan di blend, gaulkan semuanya dalam satu bekas yg besar & masukan debu.Kacau sampai sebati & elakkan daripada bhn berketul.sekiranya adunan masih pejal masukan air jgn terlalu cair.Kemudian setelah bhn betul2 sebati, bolehla masukan gula & air gula merah. ( Adunan yg siap dibancuh tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat )

** Tiada sukatan utk air.Semasa blend bahan2 jgn terlalu byk letak air**
** Dibakar menggunakan kuali kecik, dgn api yg amat perlahan**

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..