Malam ni rasa takder apa nak buat, tengok daun pisang yg lebih buat acuan sarang pelita hari Jumaat hari tu masih ada kat dapur. Rasa sayang kalau nak biarkan begitua jer, jadi terpikir plak ..kalau dibuat tepung bungkus ok jugak..taklah membazir daun tu..
Jadi...dengan gigihnya aku pon bersiap sedialah utk memasak kuih tepung bungkus...
Tak pernah buat nih!!!..First time nak buat ni ..kita tengoklah nanti jadi ke tidak..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Inilah dia rupanya tebung bungkus yg dah siap dimasak.... |
Bahagian dalamya..
hi3x... tak berapa cantik intinya, sebab aku terus letak tanpa dibaluti
adunan debu pulut. nak cepat, takut anak merenget..
nantikan tak sempat siap pak kuih aku nih!!
Bahan2nya
1 cawan tepung beras
2 cwan santan pekat
Sedikit Garam
Daun pisang secukupnya
Cara2
Sebatikan tepung beras bersama santan kacau hingga pekat....
Bahan2 utk inti
1/2 biji kelapa di mesin ( kelapa muda )
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula
sedikit garam
sedikit air
Cara2
Masukan semua bahan dan kacau sampai sebati & masak.
Kemudian bolehla bungkus di dalam daun pisangsehingga adunan habis
& bolehla kukus selama 10 minit.
No comments:
Post a Comment