Tuesday, April 26, 2011

Telor Bungkus

Lauk utk hari ini..Telor bungkus...
Dah lama x masak, teringin nak makan tu yg buat tuh...tapi kali ni letak lain sikit daripada biasa isi kat dalam tu..biasa letak ayam..tapi hari ni aku letak daging & isi udang...yang lain2 tu letak macam biasa jer...

Inilah dia rupanya....

 Tu dia isinya....
*
*

Dimakan bersama dengan sayur campur & ikan merah goreng....sedapp sungguh...tambah2 mkn masa nasi masih panas2 lagi...saper yg nak mkn silalah..jgn malu2...boleh tambah lagi nih!!!hi3x...




Saturday, April 23, 2011

Pancake

 Pertama kali dalam hidup buat benda alah ni....tak tahulah jadi ke tidak ni..tapi tengok mcm dah jadi nih..cuma x berapa lawalah mcm yg org lain buat..tapi rasanya sedap..lembut lagi tuh....ank aku suka sangat mkn....hi3x....lain kali boleh buat lagi nih...aku dah lupa ambik kat ner resepinya..( tp dalam internetlah ) maaflah tuan punya resepi yer!!!!!

Aku ubah sikit...resepi asal tak letak inti...tapi memandangkan kat umh aku takder madu @ sirap yg boleh dimakan dengannya..so aku letak inti kacang yg memang dah sedia ada kat umah aku...sedap jugak rasanya...
tapi dimakan dengan susu pon sodapp jugakkkkk...hihi....saper2 yg nak try, ini resepinya

Bahan2nya
1 cawan gandum
1 cawan susu cair
1 biji telor
1 sudu baking powder ( aku tambah sikit soda bikarbonat )
inti ( aku letak ) x kira inti apa yg korang suka
sedikit garam & gula

Cara2 menyediakannya
1. Sediakan bekas utk masukan gandum, baking powder, garam & gula.Digaul bersama
2. satu bekas lagi masukan susu cair bersama telor. Kacau bagi telor & susu sebati
3. Kemudia masukan adunan susu tadi ke dalam bekas gandum .kacau bg sebati.jgn biarkan ia berketul.
4. Slps itu, boleh dibakar dgn menggunakan kuali leper...yg tidak melekat. Bakar mengikut size yg dikehendaki...di atas api yg perlahan. Lebih kurang satu minit. Hendaklah di terbalikan supaya ianya betul2 masak.

Kerabu Mangga versi sotong + Udang

Alahai..baru nak masukan dalam blog..sebenarnya dah 2 3 hari lepas buat kerabu nih..tapi baru berkesempatan nak update kat sini..sebenarnya dah tak th nak buat camner kerabu mangga ni..biasa aku letak ikan, tapi cik hubby kata boring dah buat camtu..pikir punya pikir apa salahnya letak sotong + udang..sedap jugak rupanya..ala-ala nak menjadi kerabu sotong gamaknya...cuma x aku tak letak air asam limau nipis...yealah mangga nya dah masam....tapi memang sedapplah...cik hubby aku kata ..emmm...kalau dia puji tu..memang sedaplah tuh..kalu tak susah nak dapat pujian nih!!!kah..kah.....
Jom kita tengok resepinya....sebenarnya aku main letak jer...

Bahan2nya:

10 ekor udang
5 ekor sotong
4 biji buah mangga muda
1 labu bwng besar
2 biji cili padi ( nak pedas boleh tambah )
1 batang serai ( dipotong halus )
2 biji buah tomato dipotong
sedikit daun bawang & daun sup
perisa garam & gula

Cara2 menyediakannya
1. Udang & sotong direbus kemudian toskan.Simpan sedikit airnya.
2.Masukan bahan2 tadi ke dalam bekas dan gaul biar serata. Kemudian masukan udang & sotong.
3. Sudah siapppp....simple jer....

Friday, April 22, 2011

ApaKaH Di DaLaM Nya Itu???

 Seekor kura2 dia atsnya..apakah di dalamnya.....??????

 *

*

*

*

*

*

*

*

*

Jeng...jeng..jeng..jeng....
~ sebuah buku cerita ~

Inilah isi di dalamya...rupanya sebuah buku cerita....Hadiah daropada Guru Tadika Perpaduan Kg Sat untuk anak aku.....sebab berjaya habiskan siliber buku bacalah anakku...dengan penuh rasa gembiranya dia bawa balik kat umah..nak bg aku tengok......Terima kasih cikgu & to My lovely son, im proud with you..

Thursday, April 21, 2011

HaDiaH UntuK MifZaL

 Penantian anak teruna aku akhirnya berakhir juaaaa...dah lama dia tunggu saat ni...bukannya apa teruja dia nak menerima hadiah daripada mama & papa sebab janji nak bg hadiah kat dia sekiranya dah dapat membaca buku..& habiskan siliber annakkku dari buku 1- buku 8. Dari awl lagi dia dah bagitahu nak kereta control...mcmlah tak pernah beli...tak tahulah nak kata budak2 ni...rasanya kali ni dah termasuk yg ke 6 kali dah duk beli kereta mainan  ni kat dia...rasanya main tak sampai sebulan..hancur lebur.....mula2 bukan mainlah jaga eloklah sangattt..lama2 tak tahu kemana perginya remorte n kereta tu...hi3x...

Tapi mungkin kali ni lain sikit..tambah2 ini adalah hadiah yg dipintanya hasil daripada kesungguhan dia sendiri..kot2 jaga dengan elok...walaupon tak semahal barang mainan yg lain..harap dia hargainya....dan jaga nya dengan baik...mula2 beli bukan main seronok lah tu..tak sabar nak balik umah nak main...Budak2 ni kalau apa yg dia buat kita bg ganjaran & hadiah bukan main seronok lagi....tak sabar nak ke sekolah plak..tunggu hadiah daripada Cikgu plak...tak thlah nanti dapat apa....Doaku ,mudah2an anak ku Mifzal akan terus berjaya dalam hidupnya & menjadi ank yg baik buat mama & papa...

Wednesday, April 20, 2011

BaLiK KaMpuNg @ JeRaM LiNaNg

Akhirnya dapat lah jugak aku upload gambar2 nih..bukan main lagi...lama betul la...slow bangat internet...apapon puas hati dapat selesaikan misi utk update blog...gambar2 ni aku ambik masa balik kg hari Sabtu lepas...kebetulan balik nak ziarah nenek yg uzur , sebelum tu singgah dulu kat Jeram Linang bawa anak teruna aku nak main air...dah janji ngan dia tak boleh nak cancel dah... nanti kan merajuk plak dia ....

 Jom layan gambar2 yg sempat kami ambikk.....

sempat bergambar..susah nak dapat peluang bergambar bersama macam ni..tambah2 cik hubby aku nih...bukannya mudah nak ambik gambar ngan dia...

Si Raffeq bukan main suka lagi....sekarang ni dah pandai senyum bila nak snap gambar dia....


My Hubby with Adik Ani...
biasalah ke mana kami pergi budak comel ni mesti ada...hi3x...





Si Raffeq memang dah serasi ngan Cik Aniey , dah mcm ibu no 2 dah...hi3x...






 Tengok abang...bukan main suka bila dapat mandi..tak kisahla takder member
sorang2 pon jadi jugak....


Kenapa tu??? mcm ada yg x kena jer...

Sekejap kami kat sini, dah nak masuk kul 7.00, jap lagi dah nak tutup tempat ni..Apapon Mifzal dah puas hati sebanya dah penuhi keinginannya nak mandi kat sini....

Wednesday, April 13, 2011

Bacalah Anakku


 Salam satu malaysia semua,..jangan ingat aku nak jual buku plak yer!!..aku bukannya apa sebenarnya, masukan buku2 ni just nak sharing dengan para pembaca yg tersesat masuk kat blog aku ni..faedah & kebaikan tentang buku ini..Mungkin semua da tahu pon, tapi takpelah kalau yg dah tahu tu Alhamdulillah...tapi kalau yg masih tak tau tu, & perlukan sesuatu untuk anak anda cepat membaca...boleh cuba dapatkan buku ini di kedai2 buku yg berhampiran...aku tolong promote( che waaahhh ) mcm dapat komisyen lah plak!!!!

 Hasilnya cukup berkesan. Ini telah terbukti pada ank sulong aku sendiri, dalam masa yg singkat dia sudah boleh membaca...Kalau saper2 ada  ank2 yg bersekolah di Sekolah Tadika Perpaduan sesetengah guru telah menggunakan buku ini sebagai bahan tambahan. Aku ingat lagi semasa Mifzal 5 tahun, dia masih tidak dapat membaca, bukan main rungsing lah aku..duk pikir bgmn caranya nak bg dia boleh membaca..aku bertekad dalam hati & berbincang ngan cik hubby aku..walaumacammana cara sekalipon. masa umur 6 tahun aku nak pastikan dia dah boleh membaca...Semasa majlis akhir tahun di sekolah Tadika anakku aku melihat ada beberapa org pelajar yg sudah boleh membaca, di sinilah timbul keinginan & kesungguhan dalam diriku utk memastikan ank aku dapat membaca...

Dan Bermula cuti sekolah thn lepas aku bertungkus lumus mengajarnya sendiri di rumah, bermula dengan buku 1 sehinggalah pada buku 5. Aku terkejut jugak dalam masa 2 minggu lebih anak aku dah dapat baca sendiri buku 1 hingga buku 5. Lepas tu dia dah mula jemu & mcm dah bosan..aku stop dulu..tak nak paksa dia..tapi kira Alhamdulillah...dia dah boleh baca, cuma tinggal yg buku 6 hingga 8. Bermula awal persekolahan sesi Jan 2011, cikgu dah mula buat kelas tambhan utk pelajar yg berumur 6 tahun, dan dari sinilah dia mula belajar buku 6 sehingga sekarang dah masuk buku 8.Aku dah janji dari awl ngan dai kalu dah habis belajar sampai buku 8 & boleh baca sendiri buku cerita , aku akan belikan dia kereta control.Mungkin disebabkn dia nak hadiah tu, ada kesungguhan & keinginan dalm dirinya utk belajar.... Hingga ke hari ini, cuma tinggal beberapa helai jer dia nak habiskan buku 8, dan sekarang dia dah boleh baca sepenuhnya..walaupun tak selancar ,mana, tapi dah boleh baca buku2 cerita yg aku belikan & boleh baca ayat yg keluar kat tv. Alangkah gembira & suka nya rasa hati aku..berbunga-bunga..berbaloi-baloi jugak usaha aku nak tgk dia dapat membaca sebelum masuk darjah 1....Aku tahu ada jugak sesetengah tu ank2 umur 4 5 thn dah boleh baca...yg tu lagi baguskan?????

 Tidak lupa jugak ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu Lah & Cikgu Da yg tidak jemu2 mengajar dan mendidik anakku & jugak anak2 yg lain.semoga jasa cikgu Tuhan saja yg dapat membalasnya....
Satu set buku ini hanya RM 36.90, kalau tahu dari awal2 dulu umur 4 tahun dah boleh start ajar. Mengandungi  8 buah buku, 1 buku panduan & 1 CD. Insyaallah, kalau dipanjangkan umur akan ku praktikan awl2 untuk Raffeq pulak nanti..Kepada ibu2 yg masih bingung & tercari-cari cara yg terbaik & berkesan utk mengajar anak anda membaca tidak rugi membeli buku ini....Semoga usaha kita semua utk berikan yg terbaik untuk anak2 diredhai oleh Allah S.W.T.

Tuesday, April 12, 2011

Nasi Tomato vs Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum & selamat petang semua...dah makan ke belum ni???
Emm....aku dah kenyang dah ni...hi3x...korang semua pon mesti dah makan kan? yealah dah masuk kul 3 petang , takkan masih tak mkn kot......Bercerita pasal makan ni,..
sebenarnya aku nak bagitahu korang ni..hari ni aku masak nasi tomatao n ayam goreng berempah..hi3x...konon2nya nak tayang lah.....jgn ada yg marah plak!!!Nasi Tomato ni aku guna resepi mcm yg sudah2 dan ayam goreng bermpah ni aku buat sendiri..tapi sedap
jugak....
 
 
 Inilah dia rupanya nasi tomato aku....dimakan bersama ayam goreng berempah
& kubis goreng kunyit...

Nyum..nyum...sodappppnya.....jomlah join sama2...tak cukup boleh tambah...hi3x..

Sunday, April 10, 2011

Agar-agar Santan Gula Melaka

Agar2 santan ni kegemaran aku...berbanding agar2 santan pandan aku lebih suka yg ni...
tetapi cik hubby aku plak dia x suka yg ni..dia lebih suka yg pandan punya!!!...hi3x...
apapon kali ni aku buat agar2 ni sebenarnya nak bawa ke majlis harijadi adik ipar aku..tak th nak masak aper..last munite , tengok serbuk agar2 ada kat dapur tu terus jer buat..benda dah ada org kata.....daripada pergi tangan kosong, at least ada jugak benda yg aku bawa....
*
*
Ermm...aku tahu mesti ramai yg tahu buat agar2 ni..yealah bukannya susah pon...kalau beli serbuk agar2 tu kat belakang pon ada tulis dia punya caranya...
tetapi saper2 yg tak pernah buat / atau tak ingat resepinya..
aku tolong catitkan di sini..manalah tau kalau ada yg tersesat masuk kat blog aku ni...ada yg nak try cuba....hi3x.. Resepi ni aku guna cara aku sendiri kalau kebetulan serupa dgn mana2 pihak tu..mintak maaplah yer..

Bahan-bahannya
 10gm serbuk agar2
1.5 liter air ( aku letak 1 liter jer )
Rm 3 santan pekat
3 keping gula melaka
sedikit air gula melaka yg dihanguskan
2 senduk kecik gula
secubit garam
1 biji telor

Cara-cara menyediakannya
1. Masukan air ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar.
2. Masukan santan & telor yg telah dipukul
3. Masukan gula putih & gula melaka serta secubit garam
4.Kacau sehingga mendidih & tuangkan ke dalam acuan / bekas. Biarkan keras

~~Selamat Mencuba~~

Saturday, April 9, 2011

Besday Adik Arif

Clebrate Hari jadi Adik Aris ( adik ipar aku ni ), konon2nya nak buat 
suprise kat dia...

 Inilah kek yg telah dibeli oleh Aniey untuk Majlis ini...
 
10+7 dah masuk 17 tahun......umur Ayoh Su...
panggilan dari anak saudara..
Hepy Besday To You,..
Hepy Besday To Ayoh Su
Hepy Besday To You..

Semuanya sudah siap menunggu tuan empunya diri untuk meniup lilin..hihi..

Juadah yg disediakan oleh AdikAniey
selaku penganjurlah kononya....emm, agar2 santan tu aku yg buat tau!!!

Emm...tengoklah budak yg pakai baju hijau tu...dah merajuk tu..ada yg x kena lah tu...
siapa lagi kalau bukan ank teruna aku ..


ahhh...inilah dia tuan empunya diri yg menyambut hari jadi yg ke-17...cepatlah potong kek ayah su,
semua anak buah tak sabar nak tunggu mkn kek..

Mula2 malu...nak kena pegang ni...takut lari..hi3x...

Control macho....

Sedia...potonggggggg...



Anak buah sedang menjamu selera.....




Yang baju putih ni,..inilah Anie yg merancang semua ni...sajer jer,..buat suka2...


Eik..tersesat ke???hi3x..bukannya tersesat ..aku sajer nak letak kat bwh..
sempat berposing kat umh tadi sebelum datang kat umah mak mertua..


emmm..ini plak adik bongsu aku..bukannya selalu nak bergambar bersama camni...dia tidur kat umh aku semlaam, gara2 nak g ekspo...hi3x