Sunday, April 10, 2011

Agar-agar Santan Gula Melaka

Agar2 santan ni kegemaran aku...berbanding agar2 santan pandan aku lebih suka yg ni...
tetapi cik hubby aku plak dia x suka yg ni..dia lebih suka yg pandan punya!!!...hi3x...
apapon kali ni aku buat agar2 ni sebenarnya nak bawa ke majlis harijadi adik ipar aku..tak th nak masak aper..last munite , tengok serbuk agar2 ada kat dapur tu terus jer buat..benda dah ada org kata.....daripada pergi tangan kosong, at least ada jugak benda yg aku bawa....
*
*
Ermm...aku tahu mesti ramai yg tahu buat agar2 ni..yealah bukannya susah pon...kalau beli serbuk agar2 tu kat belakang pon ada tulis dia punya caranya...
tetapi saper2 yg tak pernah buat / atau tak ingat resepinya..
aku tolong catitkan di sini..manalah tau kalau ada yg tersesat masuk kat blog aku ni...ada yg nak try cuba....hi3x.. Resepi ni aku guna cara aku sendiri kalau kebetulan serupa dgn mana2 pihak tu..mintak maaplah yer..

Bahan-bahannya
 10gm serbuk agar2
1.5 liter air ( aku letak 1 liter jer )
Rm 3 santan pekat
3 keping gula melaka
sedikit air gula melaka yg dihanguskan
2 senduk kecik gula
secubit garam
1 biji telor

Cara-cara menyediakannya
1. Masukan air ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar.
2. Masukan santan & telor yg telah dipukul
3. Masukan gula putih & gula melaka serta secubit garam
4.Kacau sehingga mendidih & tuangkan ke dalam acuan / bekas. Biarkan keras

~~Selamat Mencuba~~

No comments:

Post a Comment