Saturday, March 26, 2011

Kek Batik

Beberapa hari dah aku tak apdate blog, bukannya malas, ataupon sibuk...
cuma tak der kisah atau cerita yg menarik sangat nak disharekan kat sini.
Apapon hari ni aku ada benda yg nak dikongsikan dengan korang semua...
emm....nak tunjuk kek batik yg aku baru jer buat jap tadi...masih 'fresh' lagi nih!...hi3x...
Dah 2 3 kali buat..tapi yg ni kira menjadi sangat..
yg lepas2 tu asyik lembik jer..mungkin byk sangat milo yg aku letak..
kali ni aku ambik resepi daripada blog izahdaut. 
Mintak halal yer Izah...& terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yg anda miliki....Bagi yg nak cuba aku copy resepinya kat sini..

Bahan-bahan

200 gram Biskut marie
1/2 cawam susu pekat
1/2 cawan milo
1/2 cawan susu cair
2 sudu marjerin
1 biji telor
2 sudu serbuk koko

Cara-cara membuatnya

1. Cairkan marjerin
2.Masukan semua bhn2 tadi & kacau sehingga pekat.
3. Masukan biskut marie
4.Masukan dalam loyang & tekapkan , kemudian masukan dalam peti ais.
*
*
*
*
Tengok hasilnya...
Inilah hasilnya Kek batik yg aku buat....Sekali lagi terima kasih kepada tuan empunya resepi..
Anak sulong aku memang suka kek ni...Jom kita makan dulu....

No comments:

Post a Comment