Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Doa2 Mendapat Anak yg soleh

 
1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!

2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)


Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." 

3. Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang: (Surah Ibrahim: Ayat 40-41)


Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 

Amalan-amalan ketika mengandung.

Masa mengandung sembilan bulan adalah masa yang panjang. Oleh itu si ibu hendaklah sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran. Jika tak berapa kenal huruf boleh membaca dengan mengikut bacaan dari Al-Quran (FURQAN DIGITAL) atau selalu mendengar bacaan Al-Quran. 

1.Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan.
2.Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam.
3.Membaca ayat-ayat Al-Quran.
  • Surah-surah amalan ketika mengandung
  • Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Seluruh surah Yassin
  • Seluruh surah At-Taubah
  • Seluruh surah Yusuf
  • Seluruh surah Luqman
  • Seluruh surah Maryam
  • Surah An-Nahl ayat 78
Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri.

1. Adab isteri terhadap suami ketika mengandung. 
  • Mengasihi dan menyayangi suami.
  • Menjaga perkataan terhadap suami.
  • Tidak terlalu cerewet.
  • Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami.
  • Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga.
  • Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka.
  • Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
2. Adab suami terhadap isteri
  • Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri.
  • Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar.
  • Selesaikan selisih faham.
  • Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  • Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat.
Anak Derhaka yang tidak sempat memohon kemaafan daripada Ibubapa mereka yang telah meninggal dunia.

Kepada anak yang telah derhaka kepada ibu atau bapa dan tidak sempat memohon keampunan dari mereka. Setelah insaf dan bertaubat. Masih ada peluang untuk memohon keampunan dari mereka. Kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pintu taubat senantiasa terbuka luas. Apa yang anda patut lakukan adalah: 
  • Banyak sedekah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas kepada arwah. 
  • Selalu membaca Al-Quran dan menghadiahkan kepada arwah. 
  • Sedekah amal jariah atas nama arwah.
  • Jika arwah tak sempat tunai haji. Buat haji untuk arwah.
  • Selalu buat tahlil untuk arwah.
  • Banyak bertaubat dan banyak berzikir kepada Allah SWT memohon keampunan.
Setelah anda lakukan semua perkara tersebut, insyaAllah roh mereka akan mendapat ketenangan. Apa-apa musibah yang anda terima, hadapilah dengan hati yang redha. Kerana balasan untuk anak derhaka di dunia, Allah SWT tunaikan sebelum mati. Jika anda tidak berputus asa. InsyaAllah akan mendapat keampunanNya dan rahmatNya. Apa-apa sekalipun kata-kata ahli keluarga yang terdekat terhadap diri anda. Bukan mereka menentukan syurga atau neraka untuk anda. Hanya Allah swt menentukan baik atau buruk nasib anda diakhirat nanti bergantung atas amal jariah dan keikhlasan anda denganNya.

Kepada Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah. Kita ucapkan Jazakallah Khairan iaitu Semuga Allah memberi balasan yang baik kepada kamu.

Sumber :http://www.resepirahsiaku.com/2011/04/doa-untuk-mendapat-anak-yang-soleh.html

Doa Untuk Anak


Ada satu DOA yang amat mudah dan pendek yang paling senang untuk diamalkan oleh ibubapa untuk anak-anak mereka tetapi sering ibubapa terlepas pandang oleh itu marilah kekawan kita cuba mengamalkan DOA yang sangat mujarab ini...DOA yang mujarab itu adalah

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA...(sebutkan nama penuh anak)
Ya itu sahaja baris doanya mudahkan? kita semua selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini.Mari kita catatkan mengapa doa initerlalu istimewa untuk anak-anak kita.
Ibubapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam-dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak-anak itu.

Mari kita tengok makna terkandung dari ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLA HIWABARAKATUH.

1-ASSALAM : SEJAHTERA
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak-anak kita pada hari itu.Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2-WARAHMATULLA : RAHMAT ALLAH
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka.Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan di dalam hidup kita ini.

3-WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita selalu mendoakan anak-anak kita diberikan berkat oleh Allah dalam setiap amalannya,perbuatannya dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, itulah yang kita mahu untuk keberkataan dirinya.( Sumber :http://maszull.blogspot.com/ ) Mintak halal yer tuan punya blog ni...sayacuba share kan di ruangan blog saya...

Monday, February 7, 2011

Buat renungan bersama



10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13
Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.
1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.
2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.
3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.
4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.
5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT
7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.
8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.
10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..