Showing posts with label MifZaL StoRy. Show all posts
Showing posts with label MifZaL StoRy. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

HaDiaH UntuK MifZaL

 Penantian anak teruna aku akhirnya berakhir juaaaa...dah lama dia tunggu saat ni...bukannya apa teruja dia nak menerima hadiah daripada mama & papa sebab janji nak bg hadiah kat dia sekiranya dah dapat membaca buku..& habiskan siliber annakkku dari buku 1- buku 8. Dari awl lagi dia dah bagitahu nak kereta control...mcmlah tak pernah beli...tak tahulah nak kata budak2 ni...rasanya kali ni dah termasuk yg ke 6 kali dah duk beli kereta mainan  ni kat dia...rasanya main tak sampai sebulan..hancur lebur.....mula2 bukan mainlah jaga eloklah sangattt..lama2 tak tahu kemana perginya remorte n kereta tu...hi3x...

Tapi mungkin kali ni lain sikit..tambah2 ini adalah hadiah yg dipintanya hasil daripada kesungguhan dia sendiri..kot2 jaga dengan elok...walaupon tak semahal barang mainan yg lain..harap dia hargainya....dan jaga nya dengan baik...mula2 beli bukan main seronok lah tu..tak sabar nak balik umah nak main...Budak2 ni kalau apa yg dia buat kita bg ganjaran & hadiah bukan main seronok lagi....tak sabar nak ke sekolah plak..tunggu hadiah daripada Cikgu plak...tak thlah nanti dapat apa....Doaku ,mudah2an anak ku Mifzal akan terus berjaya dalam hidupnya & menjadi ank yg baik buat mama & papa...

Wednesday, February 23, 2011

Mifzal Punya Citer..

Semalam anak aku Si Mifzal pergi &balik sekolah macam biasa, ...
sekarang ni Semua pelajar 6 tahun balik lewat dari time biasa.Kebiasannya balik kul 12.00 tgh tapi memandangkan Cikgu Tadika diorang buat kelas tambhan untuk kanak2 yg berusia 6 tahun, jadi kena balik pukul 1.00 tgh.
Sampainya di rumah di terus tidur, 
agaknya terlalu letih memandangkan dia singgah di rumah Tok mama dia dulu.
*
*
*
Dalam sejam lebih dia tidur , akhirnya dia bangun & minta susu. ( jgn terkejut masih nyusu botol nih!!)
Masa aku nak bagi susu kat dia tu,
baru aku perasan seluar yg dia pakai tu bukanlah kepunyaan dia..
Hairan...Pelik...aku ni...!
tadi masa nak g sekolah aku pakaikan seluar dia, tup2  balik pakai seluar saper plak????..
Mula2 aku ty dia, terus dia nangis....bermati-matian dia kata seluar dialah....Aku ingatkan dia kencing dlm seluar ke??berak dalam seluar ke??...tapi x boleh nak ty dia..angin dia dah mula dah..
( sebenarnya dia malu dah tu) sebab cakap dia pakai seluar org.....hi3xx
Akhirnya aku suruh Cik hubby aku tanya...dia kalau dgn Papa dia ok jer...
dengan aku mesti nak mengamuk-ngamuk..rupanya dia bgth tadi masa kat sekolah dia kencing..
masa dalam tandas tu ada member lain yg jugak nak kencing...masa tulah agaknya dia tersalah pakai seluar...hi3xx..macam2 hal lah budak2 nih..seluar pon boleh tertukar...
*
*
*

Lepastu aku telefon cikgu dia bgth..Cikgu dia kata nanti dia akan tanya pada budak2 tu...
dan hari ni masa balik sekolah tadi , dia siap bawa seluar..dia kata" Mama wangi lah seluar Abe" ...Rupanya mak budak yg tersalah pakai seluar tu  tu dah hantar, siap basuh lagi..aku baru jer basuh hari ni..esoklah hantar seluar tu..hi3xx..
Aku bagitahu anak ku..lain kali mama akan tanda supaya abang kenal seluar abang,..taklah tertukar lagi....
Nasiblah seluar anak aku ni kain licin..kalau tak tak perasan2 pon....

Sunday, January 2, 2011

FiRsT DaY ScHOOL ( 2011)

Sebulan bercuti..
.Bermula kembali agenda persekolahan untuk anak sulong aku....
AZNOR MIFZAL 6 tahun masih bersekolah di Tadika Perpaduan Kg Sat ...
Hari ni pagi2 lagi aku telah kejutkan dia supaya tak terlewat apabila cik hubby aku balik ambik nak hantarkan dia...
maklumlah semenjak ada baby ni.. aku x boleh lagi nak menghantar dia ke sekolah sprt tahun lepas...jadi cik hubby aku terpaksa mengambil alih tugas ku itu...
*
*
*
Musim hujan ni air agak sejuk..dan dari semalam lg sebelum tdo dia dah berpesan kat aku ..yg dia nak mandi air panas...jadi aku pon panaskan lah air utk dia mandi...jadi pagi ni cukup bagus apabila dia bangun tak buat perangai...Mood dia baiklah tu..

Sempat lagi nak bergambar.
.untuk memenuhi permintaan mama yg kononya nak jadikan bahan cerita dalam blog yg tak seberapa ini....
Sarapan pagi 2 batang hotdog dengan air milo...huhu..
Iitulah permintaan dia...nak tak nak kena penuhi jugak..kalu tidak merajuklah dia....

Opss....comel hotdog,..hangus ..!!

Bulat mata...semalam tido lewat, hari ni pagi2 lagi kena bangun....

Sekolah tahun ni rambut pendek, kemas..
Biasa nya cikgu jenuh berpesan suruh potong rambut..bukan nya tak nak
potong tapi dia tak bagi...
Ini dia pertama kali dalam hidup pergi potong rambut kat kedai...
sebelum ni dia cukup susah nak potong rambut. Biasa papa dia yg potong kat umah..tapi pujuk punya pujuk last2 dia nak ke kedai...tapi sayang papa dia tak bawa kamera..kalu tidak boleh lah ambik gambar..

Selamat kembali bersekolah anakku..
Semoga tahun ni harapan mama & papa nak melihat abang pandai membaca tercapai...
Jadilah anak yg baik,
taat pada ibubapa & taat pada perintah Tuhan..
Semoga kesejahteraan dan kebahagiaan akan sentiasa menyelubungi hidupmu...
Amin Ya Rabal Alamin...

Wednesday, November 3, 2010

Pertandingan Futsal

Pertandingan Futsal diantara Tadika Perpaduan seluruh
Tanah Merah/Machang/Jeli..sayangnya tak dapatlah aku nak g tengok..almaklumlah masih dalam pantang..Apapon my hubby sempat ambik gambar..dapatlah tengok gelagat ank teruna aku nih...











Antara pemain2 dari Tadika Perpaduan Kg Sat












HaNdsoMe TaK????

Emmm....macam2 lagak ank teruna aku nih...kononyer pakai baju baru..
.baju ada topi lagi tuh!!



Monday, August 9, 2010

~Mifzal Birthday~

Tanggal 08.08.2010 genaplah 5 tahun umur putera sulongku...Selamat Hari Lahir sayang, semoga sentiasa sejahtera dan dirahmati dan semoga menajadi anak yg baik & soleh buat mama & papa...
Tahun ni celebrate kat sekolah jer dia punya birthday..almaklumlah dalam keadaan yang membuncit ni...x larat nak buat kerja tambah2 nak buat makan2 kat umah y sememangnya memenatkan...so bg cikgu dia yg uruskan ....

Tak sabar nak potong kek tuh!!!

Mana cikgu nih....tak sabar2 nak rasa kek mifzal nih!!


Di kelilingi bunga-bunga yg cantik & manis belaka...yg mana satu jd pilihan hati..huhu


Amboi....bersama dara-dara lagi....bukan main lagi anak teruna aku nih!!

Insyaallah....tahun depan kalu ada rezeki..mama akan celebrate kat umah ....sebenarnya dia tak puas hati buat kat sekolah..nak buat kat umah jgk....

Sunday, April 25, 2010

~L@w@T@n S@mBiL BeL@j@R~

Saturday -24/04/2010
Tadika Perpaduan Kg sat, daerah Tanah Merah telah mengadakan Lawatan sambil belajar ke Tumpat. Lokasi yang di kunjungi Kompleks Kraftangan Tadika Perpaduan & Pulau Tengkorak.
Kami bertolak menaiki keretapi dari Stesen Tanah Merah kira-kira jam 8.00 pagi...Keretapi dipilih sebagai pengangkutan kerana ingin memberi pengalaman kepada pelajar2...bukannya sahaja pada pelajar , malah pada ibu2 yg tidak pernah menaikinya..heheh ( termasuklah aku )...
Seemntara menunggu ketibaan keretapi sempat jugak aku snap beberapa gambar untuk kenang-kenangan...

Biasalah gambar dia mesti ada, sebab dialah aku dapat ikut sama lawatan ni...
Bukan main suka nak naik keretapi


mak plak yg lebih2...mengalahkan anak


with my nephew & sister in-law



Bukan main hepy lagi dapat naik keretapi..

Peace...!!!!


Seronok dapat naik keretapi..heheh


emmm........rasa pening lah plak!!

Ok tak?????

Stesen Tumpat..
dari stesen ini kami menaiki bas..untuk ke Kompleks Kraftangan

Di sini menempatkan segala jenis permainan yg belum di rasmikan lagi..so pelajar diminta supaya tidak menyentuh atau mengangkat barang2 tersebut..

Dah rasa letih tapi masih nak berposing lagi.....

Sempat bergambar di dataran Kompleks Kraftangan sebelum masuk ke bilik pameran..

Sibk nak bergambar dekat topeng singa..

Akhirnya sampai di Pulau Tengkorak bersempadan dengan Sungai Golok untuk ke Taba..
Di sini permandangan dan suasana nya amat menarik dan sesuai untuk aktiviti -aktiviti yang melibatkan program sekolah....semasa kami sampai terdapat beberapa buah sekolah yg sedang menjalankan aktiviti....

Cikgu sedang membahagikan minuman & makanan untuk pelajar...

Ibu2 baru lepas menjamu selera...

Bila perut kenyang, hati pon suka....

Dah keletihan, penat asyik duk berlari-lari bermain....
*
*
*
Akhirnya pada jam 12.30 kami bertolak balik dan kira-kira jam 3.30 kami sampai ke rumah...sunggoh menyeronokan walaupon letih dek kerana bas yg agak buruk dan terpaksa berkongsi tempat duduk...huhu...anak aku lagilah, bukan main suka bila boleh naik keretapi...Insyaallah..bulan 7 akan diadakan plak lawatan untuk hari Keluarga sekolah tersebut.....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..