Showing posts with label KuiH. Show all posts
Showing posts with label KuiH. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Kuih Sri Kaya


Alahai baru nak masukan kuih yg aku buat dua tiga hari lepas...apa org kata n3 yg dah basi...tapi apapon nak masukan jugak.....Sememangnya inilah kuih kegemaran ku...Cik hubby aku pon suka jugak..tapi kalau manis2 dia 'kureng' mkn..masalahnya aku kalau buat kuih, mestilah manis.....tak reti nak tawarkan..rasa kalau tawar2 ni mcm x bestlah..!!!hihi..tapi sekali sekala takper..kalau selalu2 jwapnya...potong kakilah.....

 Macam2 cara dah aku adjust nak bagi lawa gambar ni..tapi tetap tak lawa..hihi..Nampak jer tak berapa cantik....tapi rasa dia sedappppp....Angkat bakul sikit.....kui3x..

Tengoklah..pulutnya agak bersepah..x berapa padat masa tekan....
 
BAHAN2 NYA ( Hidangan utk 3 org sajer )

LAPISAN BAWAH

1 Cwn beras pulut
sedikit santan &
air sedikit garam ( dikukus @ masak mcm biasa )
lepas masak tekap didlm loyang

LAPISAN ATAS

3 biji telor
1 setengah keping gula melaka
sedikit gula
sedikit air
semua bahan dicairkan dalam periuk kecuali telor
setelah semuanya sebati masukan di atas lapisan pulut
kemudian kukus sampai masak ( lebih kurang 1/2 jam )

Saturday, June 18, 2011

Talam Sagu

Entry yang tertunda..dah cuba upload beberapa kali, tapi internet slow sangat..so hr ni baru boleh tayangkan talam sagu yg aku buat nih!!nampak tak berapa cantik..x sama mcm yg izah buat...Pertama kali aku buat talam sagu ni..kalau yg talam ubi n talam tepung beras gula melaka tu dah biasa ..tapi kalau kat kelatan kuih ni org panggil kuih 'tepung boko'...hihi..pelik kan bunyinya????unik sungguh bhs ore kelate....kadang2 mcm bunyi nama kuih bila disebut dalam loghat kelate.....apapon rasa & cara membuatnya tetap sama..Untuk dapatkan resepinya boleh KLIK SINI

Aku buat ni ngam2 untuk 5 biji bekas jer...santan tu agak pekat sikit  tu yg jadi x sama rata... mungkin aku terlebih letak tepung beras..

Bahan2nya
( Lapisan bawah )
1 cawan sagu dibasuh & ditoskan
1/2 cawan air
1/4 cawan gula
Pewrana hijau / air daun pandan
 - Semua bhn2 ini dicampur dan dimasak di atas api yg kecik.masak amapai biji sagu masak. Bila dah masak masukan ke dalam bekas acuan tadi.

( Lapisan Atas )

1/2 cawan santan
1/4 cawan air
1/4 tepung beras
sedikit garam
-Campur semua bhn2 tadi & kacau sehingga adunan mendidih.Bila dah masak tuangkan ke dalam acuan sagu tadi.

Kepada tuan punya resepi..saya tukar sikit sukatan2 bhn kuih ni..tapi resepinya tetap sama...just tukar sukatan nya jer..Apapon terima kasih....

Saturday, May 28, 2011

Bingka Pandan

Assalamualaikum semua..Apa khabar??
Harap2 semuanya sihat-sihat belaka..kemana agaknya cuti sekolah musim ini??tak kira ke mana anda pergi bercuti harap semuanya bergembira...Actually dah lama aku tak bersiaran di sini, almaklumlah...tak berkesempatan..apapon untuk tidak menghampakan pengunjung2 blog aku ni ( ewahh..ewahh..bunyinya macamlah ramai sangat yg sudi berkunjung )..hehehe...aku cuba jugak untuk meng'update' cerita2 terkini dariku di Blog Keluargaku Syurga Ku ini...
Hari ni baru berkesempatan nak masukan gambar Bingka Pandan yg aku buat hari Khamis lepas, sebenarnya buat utk bawa g Pasar Tani, tapi..kebetulan mak dan adik2 aku datang umah..so aku hidangkan sebagai juadah untuk mereka...Mintak maaflah yea!!!Bingka ku ini sedikit hangus...hihihi....


Tu diaaaa......rupanya Bingka aku ni...hangit sedikit, tapi taklah rasa pahit..boleh dimakan lg bhg atasnya..tetapi sedap....Aku dah lupa ambik resepi kat blog saper, sorrylah yer tuan punya resepi..masa tulis tu tak ingat nak tulis nama blog, apapon terima kasih kerana hasilnya memang sedap..saper2 yg nak cuba aku tolong salinkan resepinya di sini.

Resepi Bingka Pandan

Bahan2nya
1 cawan air daun pandan 
( sedikit pewarna hijau )
3 cawan santan
( aku guna 2 cawan santan pekat , 1 cawan air biasa )
4 biji telor gred A 
( aku guna 2 biji telor gred double A & 1 biji telor Gred C
3 cawan gandum
11/4 cawan gula 
secubit garam

Cara2 Menyediakannya
Aku just blend kesemua bahan2nya & tapis ke dalam loyang. Kemudian bakar selama 45 minit.

Saper2 yg nak try, di alu-alukan...

Tuesday, May 17, 2011

Lempeng Coklat Rice

 Jom layan gambar Lempeng aku jap...Masak utk anak teruna aku nih!!! mengadu lapar..padahal dah mkn nasi lepas maghrib tadi..sejak tak menyusu ni..dia kuat makan, kejap2 nak mkn...tak tahu nak masak aper, terpikir nak buat lempeng nih...sajer letak coklat rice tu...sebab dia memang suka....kalau tak biasa mkn dengan susu jer...tapi ubah sikit, nak bagi dia selera...

 Asyik makan2 jer...perut aku pon dah buncit dah..hihi..byk spare part yg timbul..hihi...
tambah2 duk makan mlm jer..apa ke tidaknya, masak utk anak...mak mesti nak mkn jugak...tup2 mak yg lebih2 mkn..ank tak pon....hihi....

Sunday, May 8, 2011

Kuih Lapis


Baru berkesempatan nak masukan kuih yg aku buat pada hari Jumaat lepas..
buat utk letak kat pasar tani...Alhamdulillah....murah rezeki..semuanya habis minggu depan boleh buat lagi nih!!!


 
Aku tak ingat dah rujuk resepi yg mana satu..byk sangat aku tgk kat dalam internet...
tapi resepinya seakan-akan sama jer....
Kalau nak cuba aku aku sediakan resepinya di sini..

Bahan-bahanya
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat ( resepi asal guna serbuk santan )
2 cawan air
secubit garam
1 cawan gula

Cara2 menyediakannya
1. Panaskan gugusan
2. Masukan kesemua bhn2 dalam blender & blend sampai sebati
3. Tuangkan ke dalam bekas, jadikan 2 bekas ( adunan tadi )
4. Satu bekas letak pewarna merah & satu lagi warna hijau ( aku buat )
( warna ikut suka )
5. Masukan dalam loyang satu lapis demi satu lapis..
6. Kukus selama 5 minit utk lapisan pertama.Selepas itu,
7. Masukan lapisan kedua biarkan 5 minit, begitulah seterusnya selang seli 
sehingga lah adunan td habis...
,

Saturday, April 23, 2011

Pancake

 Pertama kali dalam hidup buat benda alah ni....tak tahulah jadi ke tidak ni..tapi tengok mcm dah jadi nih..cuma x berapa lawalah mcm yg org lain buat..tapi rasanya sedap..lembut lagi tuh....ank aku suka sangat mkn....hi3x....lain kali boleh buat lagi nih...aku dah lupa ambik kat ner resepinya..( tp dalam internetlah ) maaflah tuan punya resepi yer!!!!!

Aku ubah sikit...resepi asal tak letak inti...tapi memandangkan kat umh aku takder madu @ sirap yg boleh dimakan dengannya..so aku letak inti kacang yg memang dah sedia ada kat umah aku...sedap jugak rasanya...
tapi dimakan dengan susu pon sodapp jugakkkkk...hihi....saper2 yg nak try, ini resepinya

Bahan2nya
1 cawan gandum
1 cawan susu cair
1 biji telor
1 sudu baking powder ( aku tambah sikit soda bikarbonat )
inti ( aku letak ) x kira inti apa yg korang suka
sedikit garam & gula

Cara2 menyediakannya
1. Sediakan bekas utk masukan gandum, baking powder, garam & gula.Digaul bersama
2. satu bekas lagi masukan susu cair bersama telor. Kacau bagi telor & susu sebati
3. Kemudia masukan adunan susu tadi ke dalam bekas gandum .kacau bg sebati.jgn biarkan ia berketul.
4. Slps itu, boleh dibakar dgn menggunakan kuali leper...yg tidak melekat. Bakar mengikut size yg dikehendaki...di atas api yg perlahan. Lebih kurang satu minit. Hendaklah di terbalikan supaya ianya betul2 masak.

Monday, March 7, 2011

Putri Mandi ( kepek hidung )

Inilah dia kuih putri mandi ..
ataupon dikenali dengan gelaran kepek hidung...kuih ni aku buat
dalam beberapa hari yg lepas..kebiasaannya org buat dalam bulan puasa
dijadikan juadah utk berbuka tapi tak salah jugak kalau dimakan di hari2 & waktu yg lain..hi3x..


Bahan2nya
1 cawan tepung pulut ( hidangan utk 2 org )
sedikit air & pewarna hijau / air daun pandan
Cara2nya

1. sediakan bekas yg besar, senang utk mengadun bhn tersebut.
2. masukan tepung pulut, sedikit air ( masuk air sikit2 ) takut  lembik + pewarna sekali
3. Adun sampai jadi doh jgn terlalu keras & jgn terlalu lembik
4. Kemudian buat bentuk bulat2 dalam sebesar ibu jari & kemek kan di bhg dalamnya.
5. Masak air dalam periuk sehingga mendidih , kemudian masukan adunan yg telah siap dibentuk. Apabila semua kuih yg telah dimasukan tadi timbul bolehla diangkat & ditoskan.

Bahah2 utk kelapa
1 cawan kelapa putih mesin
sedikit gula, garam
1 keping gula melaka ( nak bg hitam masukan sedikit air gula melaka yg telah dihanguskan )
Sedikit air


Cara2nya
Masukan kesemua bahan & kacau di atas api yg perlahan. Masak sehingga gula & manisan sebati dgn kelapa. Apabila kelapa dah jadi bersinar dan melekit bolehlah matikan api. Kemudian masukan kuih yg telah masak ke dalam kelapa tadi & gaul bagi rata.

Sunday, February 27, 2011

Kuih Tepung Bungkus


Malam ni rasa takder apa nak buat, tengok daun pisang yg lebih buat acuan sarang pelita hari Jumaat hari tu masih ada kat dapur. Rasa sayang kalau nak biarkan begitua jer, jadi terpikir plak ..kalau dibuat tepung bungkus ok jugak..taklah membazir daun tu..
Jadi...dengan gigihnya aku pon bersiap sedialah utk memasak kuih tepung bungkus...
Tak pernah buat nih!!!..First time nak buat ni ..kita tengoklah nanti jadi ke tidak..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah dia rupanya tebung bungkus yg dah siap dimasak....

Bahagian dalamya..
hi3x... tak berapa cantik intinya, sebab aku terus letak tanpa dibaluti 
adunan debu pulut. nak cepat, takut anak merenget..
nantikan tak sempat siap pak kuih aku nih!!

Bahan2nya
1 cawan tepung beras
2 cwan santan pekat
Sedikit Garam
Daun pisang secukupnya

Cara2
Sebatikan tepung beras bersama santan kacau hingga pekat....

Bahan2 utk inti
1/2 biji kelapa di mesin ( kelapa muda )
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula
sedikit garam
sedikit air

Cara2
Masukan semua bahan dan kacau sampai sebati & masak.
Kemudian bolehla bungkus di dalam daun pisangsehingga adunan habis 
& bolehla kukus selama 10 minit.

Tepung Pelita

Kuih tepung pelita

Syawal menjelma  tandanya nak raya
Di malam hari pasang pelita
Manis & lemak enaknya rasa
Inilah dia kuih tepung pelita

Actualy kuih ni aku buat masa Jumaat lepas, di jual kat Pasar Tani...
Sebelum memasaknya, jgn lupa sediakan acuan dia. Takder daun pisang pon takper..
boleh letak dlm bekas...
tapi kalu guna daun pisang lg sedap...aromanya terasa & bau wangi...

Bahan2nya

Lapisan bawah ( hijau )

250 gram tepung beras ( 50 biji )
4 cawan mark air
Sedikit pewarna hijau / daun pandan di kisar tapis ambik airnya
2 cawan gula
sedikit air kapur ( aku x letak)
Cara2
Semua bhn disatukan dalam periuk. Sebatikan debu dlm air. Panaskan periuk kacau sehingga mendidih
( kacau jgn berhenti ). Selepas mendidih perlahankan api dan biarkan beberapa minit. Apabila tepung dah nampak pekat & likat, bolehla dimasukan ke dalam acuan daun pisang. Sebelum itu, jgn lupa letak gula dlm bekas acuan.


Bahan2

Lapisan Atas ( Santan )

250 gram tepung beras
4 cawan mark air
200  gram santan pekat
sedikit garam & gula

Cara2

Semua bahan disatukan dalam periuk.Lakukan seperti memasak bhn2 utk lapisan atas.
Bila masak masukan ke dalam acuan yg telah dimasukan lapisan hijau tadi.

** Sesetengah org dia kukus, tapi cara akub ni x kukus sebab dah kacau tepung tu sehingga betul2 msk**

Apam Bakar


Inilah dia kuih apam bakar yg menjadi kuih tadisional masyarakat kelantan..
Bila bercerita pasal kuih ni, pada zaman dulu2 kala..kuih ni dikaitkan dgn org mati..bukannya apa, time org mati mesti org2 kampung akan buat kuih ni utk dijadikan juadah pada majlis bacaan tahlih utk si mati..tetapi fenomena ini tidak lagi berlaku pada zaman ini..
Walauapapun sebagai ank jati Kelantan aku rasa bersyukur kerana masih berkesempatan utk mempelajari bagaimana cara membuat kuih ini & berasa bangga kerana pandai membuatnya...
Terima kasih kepada mak mertua aku yg tak jemu2 memberi tunjuk ajar kepada ku dalam menghasilkan kuih2 tradisional ini...
Buat kawan2 yg ada bertanyakan tentang cara nak membuatnya..
Di sini aku sertakan resepi2 nya....

Bahan2nya
250 gram tepung beras cap daun
1 cawan gula
Sedikit air gula merah ( nak bg sedikit warna perang adunan apam )
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
3 batang serai dipotong kecik2*
1/2 inci halia *
1/2 sudu besar serbuk lada hitam *
3 biji pisang kapas *
5 buku tapai ubi kayu *
1 sudu besar ibu roti ( yis / mauripan ) *
1 biji telor *

Cara2
Semua bahan2 yg bertanda * di blend hingga hancur. Tetapi pisang & tapai di blend asing darpd bhn2 lain.
( letak pisang di bawah, tapai di atas utk memudahkan bhn di blend ).Setelah semua bahan di blend, gaulkan semuanya dalam satu bekas yg besar & masukan debu.Kacau sampai sebati & elakkan daripada bhn berketul.sekiranya adunan masih pejal masukan air jgn terlalu cair.Kemudian setelah bhn betul2 sebati, bolehla masukan gula & air gula merah. ( Adunan yg siap dibancuh tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat )

** Tiada sukatan utk air.Semasa blend bahan2 jgn terlalu byk letak air**
** Dibakar menggunakan kuali kecik, dgn api yg amat perlahan**

Saturday, January 29, 2011

~SRi KaYa~

Hujan renyai-renyai yg turun membuatkan perutku terasa lapar..
tak tahu apa yg nak dimakan..
makanan pon tiada di dapurku....ku intai2 barangkali ada brg2 di dalam almari ...yg boleh dijadikan juadah petang ni....umm..nasib baiklah ada beras pulut..tanpa berlengah-lengah lg aku pon sediakan bhn2 utk memasak pulut Sri kaya ni...
emmm...kuih ni mmg kuih yg aku suka tambah2 yg warna coklat tu....
sedap....

*
*
*
*



Inilah hasil kuih yang telah siap dimasak..
gambar tak berapa cantik sebab guna crystal eye notebook...
kamera adik pinjam..so utk tidak lepaskan peluang nak masukan nya dia blog ku ini..
terpaksalah guna apa yg ada..hihi..
tak kisah janji dapat 'share' bersama-sama kawan...

Maaf...gambar ni ada sedikit gangguan...
tiba2 jer ank aku kat belakang tuh..
dahlah tak berbajxu....
hu3x..
takpelah takyah tengok budak tuh!!!tengok gambar kuih jer..
pura2 tak ada org kat belakang tu....

Bagi mereka yg ingin mencuba boleh mencuba resepi ini...
resepi ni aku ambik dr salah seorang guru masa mengajar kat SMK Alor Pasir dulu...
sekali buat dah jadi..
senang saja....

BAHAN2 NYA ( Hidangan utk 3 org sajer )

LAPISAN BAWAH

1 Cwn beras pulut
sedikit santan &
air sedikit garam ( dikukus @ masak mcm biasa )
lepas masak tekap didlm loyang

LAPISAN ATAS

3 biji telor
1 setengah keping gula melaka
sedikit gula
sedikit air
semua bahan dicairkan dalam periuk kecuali telor
setelah semuanya sebati masukan di atas lapisan pulut
kemudian kukus sehingga masak

~~:SELAMAT MENCUBA:~~

Saturday, January 15, 2011

~KUiH LaGi~


Bercerita pasal kuih lagi...
habis tu nak cerita pasal apa lagi kan??
aku punya sukalah lah nak cerita apapon..takder kaitan
dengan mereka yg masih hidup @ yg telah meninggal dunia...
Blog ini hak milik persendirian so..
tak kisahla cerita apa2 pon..janji aku suka...hihihi.
jgn marah plak yea!!!

Sebenarnya nak memberitahu kepada kawan2..
inilah hasil2 kuih yg aku aku buat
untuk di jual setiap hari Jumaat kat pasar tani Di Tanah Merah..
.kira boleh dikatakan sumber rezeki aku lah ni...
Mungkin nampak lekeh kerja membuat kuih ni..tapi bagi aku ianya cukup berbalaoi..dan Alhamdulillah....
aku bersyukur.....peduli apa org nak katakan????
asalkan kita gembira apa yg kita buat....
****

Tara...............
*
*
*
*

*
*
*


*
*
*


*
*
*

*
*
*

Juga sedia menerima tempahan.....
Bolehlah menghubugi aku di talian yg tertera di bawah..
012-3179725
Sedia maklum..

Sunday, December 19, 2010

~CuBaaN YaNg PeRtaMa~


Semangat yg membuak-buak untuk membuat kuih,..
aku telah menyediakan segala macam peralatan dan bahan-bahan untuk menghasilkan kuih Sri Muka ini...akhirnya dengan penuh keyakinan & dedikasi aku telah membuat kuih ini..maka dengan rasa bangganya ...cubaan yg pertama kali ini aku telah berjaya mengahasilkan kuih sri Muka ini dengan jayanya..... ..
*
*
*
*

Hasil dari tanganku....nampak canti hijaunya....menambah lagi selera aku ni..kuih ni memang menjadi kesukaan ku..tambah2 yg kat atas ni ( hijau )...Ini sebelum dipotong...

*
*
*

Selepas dipotong...nampak tak..???
pulutnya yg lapisan bawah tu tak berapa cantik..ini kerana ia agak lembik...aku terlebih letak santan..sedap memangla sedap..sebab lemak..tapi pulut menjadi lembik dan susak nak dipotong...ianya melekat-lekat....
kalu nak dijual memang tak boleh tak cantik dah susah dipotong...
*
*
Thats all untuk kali ini...
nanti aku akan cuba buat kuih yg lain plak...bagi yg baru nak mencuba
selamat mencuba..resepi boleh didapati dalam internet...heheh
Good Luck!!!!

*********

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..