Monday, October 22, 2012

Tahniah dari Mama


Alhamdulillah..Syukur kepada Allah, kerana dengan limpah & kurnianya, 
aku masih lagi diberi kesihatan yg baik, masih lagi dapat melihat dunia yg fana ini..dan yg paling penting masih cergas dalam menguruskan anak2 & hal rumahtangga....Syukur sangat2...
Dan hari ini paling gembira sangat sebab ank sulong 
aku dah berjaya menghabiskan bacaan al-quran kecik...emm..memanglah aku gembira sebab akulah gurunya!!!

Bukannya nak mendabik dada..sekadar berkongsi perasaan jer....
aku bersyukur kerana aku dulupon berjaya Qhatam al-quran...Insyaallah, setakat nak mengajar anak2 tu bolehlah..sekadar yg termampu.....Dalam duk marah2, duk berleter..akhirnya habis jugak...aduiii..penat betul kalau time mengajar, bukannya aper..
aku ni jenis panas baran..kalau salah sekali dua mulalah naik angin...
Maafkan mama yer Abang..
mama buat semua tu untuk kebaikan abang..kalau tak tegas...
mulalah malas....Apapon, mama & papa sentiasa mendoakan 
kejayaan abang di dunia & akhirat..
Semoga abang & baby akan menjadi 
ank yg baik & soleh..Amin..

*
*
*

 


*
*
 


Friday, October 5, 2012

~Aku~


Assalamualaikum..
Rasa keboringan yg teramat sangat..tak tahu nak buat aper
 di hari sabtu ini...baru jer siap membasuh kain,]
 fuuhhh..letih sunggoh dah berminggu-minggu terpaksa membasuh
secara manual ( tangan )..almaklumlah mesin basuh aku rosak lagi..nak kena cari yg baru nih!!!! 
*
*
 
 Sajer duk tengok gambar2 lama
 dalam pc ni..emm..terifikir plak nak masukan gambar2 aku nih...
konon2nya nak tayang muka aku kat sinilah...kita 'tepek'muka empunya blog..kot2 ada lagi yg tak kenal..kah..kah..kah...jangan mare yea!!!!!

 emm..ni muka terbaru..nampak licin tak??hi3x..sejak pakai produk DQistee
nampak perubahan pada muka...
licin gitu...hi3x..mcm nak jual brg lah plak...bukan nak jual brg..
tapi kalau yg duk tengah 
cr produk aper nak dipakai....
gunalah produk D qistee tanpa was-was...Insyaallah..memuaskan hati...
 



*
*
*
 

*
*
*
 




Emm,..takder byk sangat nyer gambar2 saya..
saya ni memang suak bergambar..tapi org tukang nak mabik 
jer takder..hi3x...kita sambung lain kali yer..nak g bersiap, jap lagi nak g kenduri rumah sepupu...adik dia kahwin...

WASSALAM

Wednesday, October 3, 2012

Doa2 Mendapat Anak yg soleh

 
1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!

2. Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)


Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." 

3. Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang: (Surah Ibrahim: Ayat 40-41)


Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 

Amalan-amalan ketika mengandung.

Masa mengandung sembilan bulan adalah masa yang panjang. Oleh itu si ibu hendaklah sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran. Jika tak berapa kenal huruf boleh membaca dengan mengikut bacaan dari Al-Quran (FURQAN DIGITAL) atau selalu mendengar bacaan Al-Quran. 

1.Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan.
2.Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam.
3.Membaca ayat-ayat Al-Quran.
  • Surah-surah amalan ketika mengandung
  • Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Seluruh surah Yassin
  • Seluruh surah At-Taubah
  • Seluruh surah Yusuf
  • Seluruh surah Luqman
  • Seluruh surah Maryam
  • Surah An-Nahl ayat 78
Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri.

1. Adab isteri terhadap suami ketika mengandung. 
  • Mengasihi dan menyayangi suami.
  • Menjaga perkataan terhadap suami.
  • Tidak terlalu cerewet.
  • Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami.
  • Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga.
  • Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka.
  • Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
2. Adab suami terhadap isteri
  • Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri.
  • Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar.
  • Selesaikan selisih faham.
  • Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  • Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat.
Anak Derhaka yang tidak sempat memohon kemaafan daripada Ibubapa mereka yang telah meninggal dunia.

Kepada anak yang telah derhaka kepada ibu atau bapa dan tidak sempat memohon keampunan dari mereka. Setelah insaf dan bertaubat. Masih ada peluang untuk memohon keampunan dari mereka. Kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pintu taubat senantiasa terbuka luas. Apa yang anda patut lakukan adalah: 
  • Banyak sedekah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas kepada arwah. 
  • Selalu membaca Al-Quran dan menghadiahkan kepada arwah. 
  • Sedekah amal jariah atas nama arwah.
  • Jika arwah tak sempat tunai haji. Buat haji untuk arwah.
  • Selalu buat tahlil untuk arwah.
  • Banyak bertaubat dan banyak berzikir kepada Allah SWT memohon keampunan.
Setelah anda lakukan semua perkara tersebut, insyaAllah roh mereka akan mendapat ketenangan. Apa-apa musibah yang anda terima, hadapilah dengan hati yang redha. Kerana balasan untuk anak derhaka di dunia, Allah SWT tunaikan sebelum mati. Jika anda tidak berputus asa. InsyaAllah akan mendapat keampunanNya dan rahmatNya. Apa-apa sekalipun kata-kata ahli keluarga yang terdekat terhadap diri anda. Bukan mereka menentukan syurga atau neraka untuk anda. Hanya Allah swt menentukan baik atau buruk nasib anda diakhirat nanti bergantung atas amal jariah dan keikhlasan anda denganNya.

Kepada Ustaz Wan Akashah dan Ustazah Siti Norbahyah. Kita ucapkan Jazakallah Khairan iaitu Semuga Allah memberi balasan yang baik kepada kamu.

Sumber :http://www.resepirahsiaku.com/2011/04/doa-untuk-mendapat-anak-yang-soleh.html

Doa Untuk Anak


Ada satu DOA yang amat mudah dan pendek yang paling senang untuk diamalkan oleh ibubapa untuk anak-anak mereka tetapi sering ibubapa terlepas pandang oleh itu marilah kekawan kita cuba mengamalkan DOA yang sangat mujarab ini...DOA yang mujarab itu adalah

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA...(sebutkan nama penuh anak)
Ya itu sahaja baris doanya mudahkan? kita semua selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini.Mari kita catatkan mengapa doa initerlalu istimewa untuk anak-anak kita.
Ibubapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam-dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak-anak itu.

Mari kita tengok makna terkandung dari ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLA HIWABARAKATUH.

1-ASSALAM : SEJAHTERA
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak-anak kita pada hari itu.Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2-WARAHMATULLA : RAHMAT ALLAH
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka.Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan di dalam hidup kita ini.

3-WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita selalu mendoakan anak-anak kita diberikan berkat oleh Allah dalam setiap amalannya,perbuatannya dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, itulah yang kita mahu untuk keberkataan dirinya.( Sumber :http://maszull.blogspot.com/ ) Mintak halal yer tuan punya blog ni...sayacuba share kan di ruangan blog saya...

Sekadar Nasi Goreng...


 Assalam semua....
Malam ni aku berkesempatan untuk mencoretkan
 sesuatu di ruangan blog yg dah lama aku tinggalkan...Anak2 dah tido..jadi maknya pon ambik kesempatanla nak online sekejap.....Sementara ada masa ni , 
aku sajer nak tayangkan di sini menu mkn malam kami 
yg agak simple...hi3x..nasi goreng + telor mata & nasi goreng pataya...
Sebenarnya tak tahu nak mask aper, ..goreng paling senang & cepat..
( nampak sangat malas kan????)

 *
*
*

  
Nak dapat hasil yg enak ...aku gunakan serbuk "secukup rasa..."
dalam masakan ni..memang sedap..!!tak cayer ..cubalah sendiri....!!
Ini untuk my hubby.....


Haaa...ini plak untuk au sendiri....
Amacam jadi tak aku bungkus....
Susah jugak nak buat telor bungkus ni..silap haribulan jd berlubang..h3x.

Kita bagi nama dia... 
Nasi Goreng Secukup Rasa + telor mata & Nasi Goreng Pataya 
Versi McNor..

*
*
*


Tumpang sekaki....
Puding ni, aku buat dalam minggu lepas...baru nak masukan...
Lapisan Kastard...( kali ke-2 buat benda alah ni...
sebekas ni aku jer yg mkn..caya tak???)
maklumlah org kat umh aku semuanya x suka...

Lapisan atas...Fruit Coctail with jelly...
memang sedap....
la..la...la...la..
*
*
*
*
>>>>SEKIAN>>>>

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP TEN MEMBER VISIT

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..