Sunday, February 27, 2011

Kuih Tepung Bungkus


Malam ni rasa takder apa nak buat, tengok daun pisang yg lebih buat acuan sarang pelita hari Jumaat hari tu masih ada kat dapur. Rasa sayang kalau nak biarkan begitua jer, jadi terpikir plak ..kalau dibuat tepung bungkus ok jugak..taklah membazir daun tu..
Jadi...dengan gigihnya aku pon bersiap sedialah utk memasak kuih tepung bungkus...
Tak pernah buat nih!!!..First time nak buat ni ..kita tengoklah nanti jadi ke tidak..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah dia rupanya tebung bungkus yg dah siap dimasak....

Bahagian dalamya..
hi3x... tak berapa cantik intinya, sebab aku terus letak tanpa dibaluti 
adunan debu pulut. nak cepat, takut anak merenget..
nantikan tak sempat siap pak kuih aku nih!!

Bahan2nya
1 cawan tepung beras
2 cwan santan pekat
Sedikit Garam
Daun pisang secukupnya

Cara2
Sebatikan tepung beras bersama santan kacau hingga pekat....

Bahan2 utk inti
1/2 biji kelapa di mesin ( kelapa muda )
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula
sedikit garam
sedikit air

Cara2
Masukan semua bahan dan kacau sampai sebati & masak.
Kemudian bolehla bungkus di dalam daun pisangsehingga adunan habis 
& bolehla kukus selama 10 minit.

Tepung Pelita

Kuih tepung pelita

Syawal menjelma  tandanya nak raya
Di malam hari pasang pelita
Manis & lemak enaknya rasa
Inilah dia kuih tepung pelita

Actualy kuih ni aku buat masa Jumaat lepas, di jual kat Pasar Tani...
Sebelum memasaknya, jgn lupa sediakan acuan dia. Takder daun pisang pon takper..
boleh letak dlm bekas...
tapi kalu guna daun pisang lg sedap...aromanya terasa & bau wangi...

Bahan2nya

Lapisan bawah ( hijau )

250 gram tepung beras ( 50 biji )
4 cawan mark air
Sedikit pewarna hijau / daun pandan di kisar tapis ambik airnya
2 cawan gula
sedikit air kapur ( aku x letak)
Cara2
Semua bhn disatukan dalam periuk. Sebatikan debu dlm air. Panaskan periuk kacau sehingga mendidih
( kacau jgn berhenti ). Selepas mendidih perlahankan api dan biarkan beberapa minit. Apabila tepung dah nampak pekat & likat, bolehla dimasukan ke dalam acuan daun pisang. Sebelum itu, jgn lupa letak gula dlm bekas acuan.


Bahan2

Lapisan Atas ( Santan )

250 gram tepung beras
4 cawan mark air
200  gram santan pekat
sedikit garam & gula

Cara2

Semua bahan disatukan dalam periuk.Lakukan seperti memasak bhn2 utk lapisan atas.
Bila masak masukan ke dalam acuan yg telah dimasukan lapisan hijau tadi.

** Sesetengah org dia kukus, tapi cara akub ni x kukus sebab dah kacau tepung tu sehingga betul2 msk**

Apam Bakar


Inilah dia kuih apam bakar yg menjadi kuih tadisional masyarakat kelantan..
Bila bercerita pasal kuih ni, pada zaman dulu2 kala..kuih ni dikaitkan dgn org mati..bukannya apa, time org mati mesti org2 kampung akan buat kuih ni utk dijadikan juadah pada majlis bacaan tahlih utk si mati..tetapi fenomena ini tidak lagi berlaku pada zaman ini..
Walauapapun sebagai ank jati Kelantan aku rasa bersyukur kerana masih berkesempatan utk mempelajari bagaimana cara membuat kuih ini & berasa bangga kerana pandai membuatnya...
Terima kasih kepada mak mertua aku yg tak jemu2 memberi tunjuk ajar kepada ku dalam menghasilkan kuih2 tradisional ini...
Buat kawan2 yg ada bertanyakan tentang cara nak membuatnya..
Di sini aku sertakan resepi2 nya....

Bahan2nya
250 gram tepung beras cap daun
1 cawan gula
Sedikit air gula merah ( nak bg sedikit warna perang adunan apam )
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
3 batang serai dipotong kecik2*
1/2 inci halia *
1/2 sudu besar serbuk lada hitam *
3 biji pisang kapas *
5 buku tapai ubi kayu *
1 sudu besar ibu roti ( yis / mauripan ) *
1 biji telor *

Cara2
Semua bahan2 yg bertanda * di blend hingga hancur. Tetapi pisang & tapai di blend asing darpd bhn2 lain.
( letak pisang di bawah, tapai di atas utk memudahkan bhn di blend ).Setelah semua bahan di blend, gaulkan semuanya dalam satu bekas yg besar & masukan debu.Kacau sampai sebati & elakkan daripada bhn berketul.sekiranya adunan masih pejal masukan air jgn terlalu cair.Kemudian setelah bhn betul2 sebati, bolehla masukan gula & air gula merah. ( Adunan yg siap dibancuh tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat )

** Tiada sukatan utk air.Semasa blend bahan2 jgn terlalu byk letak air**
** Dibakar menggunakan kuali kecik, dgn api yg amat perlahan**

Saturday, February 26, 2011

Ayam Masak Paprik

Ayam masak paprik ni adalah makanan kegemaran ku...kalau ratah begitu sahaja lagi sedap.....

Bahan2nya
Ayam yg telah dipotong kecik2 ( hidangan utk 3 org )
2 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
4 helai daun limau purut
2 biji lada burung ( boleh tambah jika mahu lg pedas )
1 biji lada besar merah
1 labu bwng besar
sayur carrot & bunga kubis
sedikit minyak utk menumis
perisa garam & gula.
Cara2

Tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masuka semua sos2 di atas. Apabila sudah garing masukan ayam bersama daun limau purut, masak hingga ayam empuk. Apabila ayam sudah empuk bolehla masuk perisa biar rasa sama rata. Akhir sekali masukan sayur, lada besar merah & bwg besar.

Resepi ni sbnrnya aku main letak2 jer.Ikur suka janji boleh dimakan & rasanya sedap...
aku sebenarnya suka create sendiri. Kdg2 bila p mkn atau beli makanan kat mn2 kedi aku suka rasa dan try buat. Hi3xx..tak rasaa mcm diorang pon...takper janji yg kita lagi sedap...kui3xx..jgn mare!!!!!

Sayur Putih Bayam + Ubi Keledek

Alhamdulillah...
Syukur Ke Hadrat Ilahi kerana aku masih lagi dipanjangkan umur &dikurniakan kesihatan tubuh badan, jadi..dapatlah aku masak memasak untuk santapan keluarga tercinta.
Masakan untuk hidangan tenghari ni...Sayur Bayam + Ubi Keledek. Bila bercerita pasal sayur bayam..teringat plak masa aku pregnantkan baby Raffeq..kerap jugaklah makam sayur ni nak bagi hb aku naik..Orang kata bila mkn sayur ni  boleh naikan darah bg mereka yg kekurangan darah..betul ke tak betul..? tu kita kena tanya Doktor lah yea!!!!


Sayur Bayam + Ubi Keledek
( sorry gambarnya x berapa cantik..malap jer)

Bahan2nya
1 Ikat Sayur bayam
3 Biji ubi Keledek
4 Ulas Bawang Merah
1/2 sb serbuk lada hitam
RM 1 santan
Segenggam Ikan Bilis
Sedikit Gram & gula

Cara2
Bawang Merah, Serbuk Lada Hitam &; ikan bilis di blend sampai hancur dgn sedikit air.
Masukan ke dalam periuk bersama santan ubi keledek &g telah dipotong. Apabila ubi empuk barulah masukan sayur, garam & gula .


Wednesday, February 23, 2011

Mifzal Punya Citer..

Semalam anak aku Si Mifzal pergi &balik sekolah macam biasa, ...
sekarang ni Semua pelajar 6 tahun balik lewat dari time biasa.Kebiasannya balik kul 12.00 tgh tapi memandangkan Cikgu Tadika diorang buat kelas tambhan untuk kanak2 yg berusia 6 tahun, jadi kena balik pukul 1.00 tgh.
Sampainya di rumah di terus tidur, 
agaknya terlalu letih memandangkan dia singgah di rumah Tok mama dia dulu.
*
*
*
Dalam sejam lebih dia tidur , akhirnya dia bangun & minta susu. ( jgn terkejut masih nyusu botol nih!!)
Masa aku nak bagi susu kat dia tu,
baru aku perasan seluar yg dia pakai tu bukanlah kepunyaan dia..
Hairan...Pelik...aku ni...!
tadi masa nak g sekolah aku pakaikan seluar dia, tup2  balik pakai seluar saper plak????..
Mula2 aku ty dia, terus dia nangis....bermati-matian dia kata seluar dialah....Aku ingatkan dia kencing dlm seluar ke??berak dalam seluar ke??...tapi x boleh nak ty dia..angin dia dah mula dah..
( sebenarnya dia malu dah tu) sebab cakap dia pakai seluar org.....hi3xx
Akhirnya aku suruh Cik hubby aku tanya...dia kalau dgn Papa dia ok jer...
dengan aku mesti nak mengamuk-ngamuk..rupanya dia bgth tadi masa kat sekolah dia kencing..
masa dalam tandas tu ada member lain yg jugak nak kencing...masa tulah agaknya dia tersalah pakai seluar...hi3xx..macam2 hal lah budak2 nih..seluar pon boleh tertukar...
*
*
*

Lepastu aku telefon cikgu dia bgth..Cikgu dia kata nanti dia akan tanya pada budak2 tu...
dan hari ni masa balik sekolah tadi , dia siap bawa seluar..dia kata" Mama wangi lah seluar Abe" ...Rupanya mak budak yg tersalah pakai seluar tu  tu dah hantar, siap basuh lagi..aku baru jer basuh hari ni..esoklah hantar seluar tu..hi3xx..
Aku bagitahu anak ku..lain kali mama akan tanda supaya abang kenal seluar abang,..taklah tertukar lagi....
Nasiblah seluar anak aku ni kain licin..kalau tak tak perasan2 pon....

Monday, February 21, 2011

Raffeq 5 Bulan

 Amboi....sedapnya baby Raffeq tido....kalau cam ni, bolehlah Mama Raffeq layan Blog & Facebook..hihi
hari ni masuklah 5 bulan umur Raffeq, rasa kejap jer!!!dah besar dah!!!!sekarang ni dah boleh menarik dada...( mengengsot )

 tengok...mama sibuk main internet..dia pon sibuk nak pegang keybord...


 Smiles.......Klik!!!

Tak caro doh ore nak ambik gambar dio...sibuk duk nak pegang laptop....
Aznor Raffeq anakku..semoga membesar dengan sihat.Jadi anak yg baik & soleh...Semoga dirimu sentiasa dilingkari kesejahteraan.....Amin

Ayam Masak Asam

Hari ni masak menu yg sepatutnya nak masak semalam , tapi x jadi memandangkan semalam dah ada lauk..kat umah aku ni kalau masak lebih daripada dua lauk gerenti membazir..tak habis..so tunda ke hari ni..Inilah menu hari ini,Ayam Masak Asam...kalu tak silap resepi ni aku ambik dalam buku Resepi Masakan Kampung keluaran Alaf 21...yg dah lama aku beli..buku pon entah...tak tau simpan kat ner..kalu nak tengok balik ..nampak gayanya kena carilah....
Kepada kawan2 yg baru masuk dalam blog ni, sebenarnya blog ni bukanlah blog masakan...aku tak layak lagi sebenarnya nak  create satu blog masakan..just nak berkongsi & abadikan kisah2 seharian hidupku bersama keluarga...semoga menjadi satu memori yg indah dalam hidup kami sekeluarga...


Sunday, February 20, 2011

Cucur Udang

Cucur udang ni kalau kat kat kampung org panggil lain, 'jemput malas' ....hah itulah nama yg diberi kalu kat Negeri  Cik Siti Wan Kembang..kampung ambo..hi3x....
Hari rasa rajin nak masak utk makan petang..puah duk sajo , bulihla ngunyah2, sambil duk tengok tv n layan internet...ko guano??....
Resepi ni reka sendiri..ikut suka nok bubuh....

tapi bila masak sedaplah jugak..Tak caya?????boleh cuba....


Bahan2nya

Bahan Utk Cucur
Tepung Gandum ( ikut kuantiti yg anda mahu )
Air secukupnya
1 biji telor
Sedikit Garam
Setengah sudu besar yis
1 labu bwg besar dipotong nipis2
1 ikat kangkung dipotong
ikan bilis ( kalau ada udang lg baik)

Cara2nya
Semua bahan diadun sebati...jgn lembik sangat..adun macam nak buat cucur biasa.
Aku letak ikan bilis sebab stok udang dalam peti ais dah habis...biasanya letak udang
biarkan dlm 1/2 jam & lps tu boleh goreng dan potong kecik2...

Bahan2 utk kuah

2 ulas bwg putih
4 biji lada kering
2 keping gula melaka
sedikit air asam jawa
garam & gula secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung
 sedikit belacan

Cara2nya
Bwg, belacan & lada kering diblended, masukan air asam jawa, 
gula melaka & perisa garam, gula.biarkan sehingga mendidih.
Kemudian masukan tepung jagung yg telah disebatikan dgn air...
Kacau bagi rata & then boleh angkat.
Sudah siap....!!( mungkin nampak pelik kuah cucur aku nih!!!)
sebab setengah org tu kuahnya mcm kuah rojak..letak kacang tanah / ubi keledek nk bagi pekat.
Tapi tak kisahlah..itu mengikut citarasa masing2...

Saturday, February 19, 2011

JaLan-JaLan

Petang semalam kami sekeluarga berkesempatan untuk kuar jalan2..dah lama rasanya tak kuar bersama-sama, almaklumlah cik hubby aku asyik sibuk memanjang jer..mengalahkan ahli korporat..hi3x....dah lama aku duk ajak dia nak g Pantai Timur..bukannya tak boleh g sendiri tapi jalan sorang2 ni tak best ler...kalu g ramai2 baru syok...so hari ni dah tertunai hasrat aku nih!!!!

 pertama kali ni nak bawa si rafeeq g jalan kat shoping complex...
tak tahulah macamner, harap2 tak meragam...

 Sebelum tu sajer jer nak layan anak teruna aku nih...sibuk dia nak ambik gambar..
.pantang suruh...

 Mama & Baby Raffeq...nak berposing jap!!abang tulong ambik yer!!!


Abang pon sibuk nak ambik gambar ngan baby Raffeq jugak....

 kasi peluang kat dia..kalu tak merajuk plak...
pegang elok2 baby tuh..kan jatuh plak!!

Giliran mama
 plak....smiles!!!!klikkkkkk.........

Hah...sempat g beli baju baby Raffeq...takder pilihan sangat, 
yg berkenan di hati takder size plak..so cik hubby pilih yg ni..kalu ikutkan aku tak suka sangat..tapi tak kisahla...budak kecik pakai apa pon lawa jer...
Emmm...try dulu mama...lawa tak?????hi3x..okeylah tu...ngam2 size...

yang ni aku suka,.....nasib baik ada satu jer tinggal size 6-12monts..bolehla beli utk Raffeq... 

Tomeinya dia.....hi3xx....puji ank sendiri.....
lepas g tengok pakaian baby, g cuci mata kat pakaian mama plak..just cuci mata..tak beli apapon, lepastu sebelum balik gi cari barang2 dapur...masa nak byr kat kaunter tadi,..
Rupa2 nya bermula January 2011. setiap hari Sabtu pasaraya ni buat 'Hari Tanpa Beg Palstik' kalau tahu awl2 bw beg sendiri...hi3x...
kalu nak plastik kena tambah 0.20 sen...membeli sambil menderma.0.20 utk didermakan....Bayar utk Plastik just 0.20 sen..kalau beli beg dia rm 2 lebih..bukannya sayang duit pon nak beli..memikirkan beg dah byk kat umah......tu beli plastik jer.....kui3xxxxx...
Itu sahaja utk sesi jalan2 kali ini...lain kali citer lagi yer....!!!
 

Sotong Goreng Kunyit

Ni menu semalam..tak sempat nak update,...aku masukan hari ni...Sotong masak kunyit ni favourite my hubby...dah lama x masak mcm ni...memandangkan bahan2nya agak simple dan sememangnya dah ada kat dapur aku ni..just campak2 jer...hi3xx..

Bahan2nya

10 ekor sotong dipotong ( digaul bersama kunyit & sedikit garam )
2 ulas bwg putih ( ditumbuk / blender)
5 ulas bawang merah ( ditumbuk / blender )
1 labu bawang besar ( dipotong )
1 biji lada merah ( dipotong )
1 biji buah tomato ( dibelah 4 )
sedikit serbuk kunyit
perisa ( garam, gula, ajinomoto )

Cara2
Tumis bahan2 yg ditumbuk hingga garing. Kemudian masukan sotong .Goreng sehingga masak & bolehlah masukan bwng besar, tomato & lada besar.Kalau masak dalam kuantiti yg banyak, disyorkan blender bahan2 td.Aku just tumbuk sebab masak sedikit jer.Maklumlah nak cepat lah katakan...Simple jer tp sedaplah jugak makan bersama nasi + sambal belacan..

Thursday, February 17, 2011

Nasi Lemak

Jeng..jeng..jeng.......
.Sepinggan nasi lemak utk sarapanku hari ni....


Memandangkan hari ni hari Jumaat , 
so..sudah menjadi rutin tugasku..nasi lemak ni aku buat utk dijual di pasar tani.
dan jugak menjadi breakfast aku hari ni....taklah susah nak msk atau nak beli lagi..hihi...
sengaja tak nak letak resepi di sini..yealah semua org pon th nasi lemak menunya sama sajer...
Yg bezanya sedap n tak sedap jer...
.kalau aku cakap sedap kan..takut nanti kata masuk bakul angkat sendiri palk..
So..
saper2 yg nak try nasi lemak aku ni sedap ke tidak...??
kena datang Pasar Tani kat Tanah Merah ...( Depan Pasaraya Saleem Aziz)
Setiap hari jumaat yer..Jgn lupa...!!!


Nasi Air Campur


Terbang tinggi si burung kenari
Singgah sebentar disebatang dahan 
Jomlah singgah di blog aku ini
Semoga anda tidak lah bosan

Sayang sayang si burung kedidi
Terlepas sudah terbang melayang
terciptanya resepi nasi air ini
khas buat ank tersayang


ops...jgn close this window, anda masih lagi dalam Blog Keluarga ku Syurgaku...
bukannya dalam blog Pantun Yer.!!!hi3x..sajer jer nak tukar angin..
berpantunlah plak!!Amacam...ada talent tak aku berpantun...
Sebenarnya nasi air ni aku buat utk ank teruna aku,..ni menu semalam..disebabkan dia demam jadi aku masaklah nasi air ni utk dia..bagi selera dia mkn sikit..Kalau nak cuba bolehlah..resepi di bwh ni..


Resepi

Bahan2nya

Beras ( direbus sampai lembik )

Bwg putih 2 ulas
Bwg Merah 2 ulas
Sedikit halia
Ayam, Udang, Isi ikan , Hotdog ( Kalau x suka hotdog, x masuk pon takper)
daun sup & daun bwng, serbuk lada sulah
Air secukupnya

Cara-cara
Tumis bawang putih, bwg merah halia hingga naik bau, masukan bhn luk tadi & masukan air bg mendidih.
Setelah kesemua bhan2 td nampak empuk bolehlahdimasukan perisa secukup rasa.kemudian boleh  angkat dan di campurkan dgn nasi tadi.

Monday, February 14, 2011

Nasi Goreng Belacan


Semalam takder lauk nak masak..dah kehabisan stok, 
jadi untuk berjimat goreng jer nasi...at least taklah membazir nasi yg lebih kat dapur tu...
kalau beli kat kedai ni dah berapa ringgit nih!!...
Memandangkan lauk ayam yg aku goreng masih ada lagi jadi aku campurkan dalam nasi tu...
sedap jugak...

Resepi Nasi Goreng Belacan versi aku...

Bahan2nya:-
2 cawan nasi putih
2 ulas bwng putih ( dimayang)
2 ulas bawang merah (dimayang)
sebatang hotdog dipotong nipis
1 sudu sambal belacan
1 biji telor
Ayam
Daun bawang &  daun saderi

Cara-caranya
Tumis bawang sambai bau wangi, masukan telor, sambal belacan,ayam,hotdog sampai masak.Kemudian masukan nasi. Goreng sampai sebati & masukan perisa secukup rasa..Kalau ada sayur boleh masukan sayur jugak..Tapi kat dapurku dah habis stok sayur so aku masukan daun saderi & daun bawang....ok jugak..

Sunday, February 13, 2011

Sup Ayam


Hari ini aku just masak sup ayam....tak tahu nak masak aper
di hidangkan bersama telor goreng & sambal belacan


Sup ayam yg telah siap dihidang  & bersedia utk dimakan



Friday, February 11, 2011

4 TH ANNIVERSARY GIVEAWAY @
CERITA-CERITI IBU AYRA
SYARAT-SYARATNYA:-

1. Follow blog Cerita-Ceriti Ibu Ayra dan Cerita-Ceriti Contest Ibu Ayra. (TQ in advance!)

2. Letak banner di atas di side bar blog korang beserta dengan linknya sekali.

3. Buat satu entri dengan tajuk 4TH ANNIVERSARY GIVEAWAY @CERITA-CERITI IBU AYRA. Pastikan ada banner di atas juga dengan backlink ke entri ini.

4. Dalam entri itu, korang wish/doakan kebahagiaan aku dan en abu sekeluarga. Buat sekreatif mungkin. Nak buat simple pun boleh. Terpulang. (korang diizinkan kalau nak pakai gambar2 dalam blog Cerita-Ceriti Ibu Ayra)

5. Last sekali, tinggalkan link entri korang tu kat entri INI sahaja.


Hadiah akan diberikan berdasarkan 2 kategori:


i. Seorang pemenang untuk entri yang paling menyentuh hati aku

dan

ii. Seorang pemenang untuk Lucky Draw untuk penyertaan lain (pemenang (i) akan dikecualikan dari kategori nih)

Hadiahnya aku belum decide lagi tapi insyaallah souvenir yang akan ku beli time aku holiday bulan depan.

Kalau penyertaan menggalakkan, mungkin aku akan tambah bilangan pemenang.

Dateline: 9 Mac 2011

****************************************************************************
****************************************************************************



Sebenarnya, sebelum ini aku tidak pernah join GA yg dianjurkan mana2 Blogpun...,
tapi setelah aku masuk Blog Cerita-Ceriti Ibu Ayra ni aku rasa tetarik dan ingin mencubanya..tak menang pon takper...tak salah kan kalau nak mencuba...???
Anyway....
Buat Pn Ros & En Abu...


Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Yang Ke-4
Semoga akan terus berbahagia selamanya..
Semoga Kasih Sayang kamu akan terus mekar mewangi
Semoga Cinta di hati akan terus bersemi
Membawa ke Syurga Firdausi..
Semoga hadirnya seorang puteri akan terus menyinari
hari-hari yg dilalui.......
Semoga
ALLAH sentiasa melindungi & merahmati hidup
Pn Ros & En Abu Sekeluarga
Amin Ya Rabbal Alamin...

Align Center

Wednesday, February 9, 2011

Daging Goreng Simple



INILAH dia rupanya daging goreng simple....kegemaran cik hubby aku..
kalau goreng macam ni takder lauk lain pon tak per...
menambah-nambah lagi mkn nasi..kui3x..
Hemmm....
goreng macam biasa jer, just letak bwg putih & bawang besar. Masukan perisa bagi sama rasa,masin, manis pedas & sedikit masam ( letak buah tomatao )


Sajer jer ni aku campor n sayur kubis & lobak...
bukannya aper nak habiskan lebihan sayuran dalam peti ais..

Sayur Campur Gulai Putih


Sayur ni adalah menjadi kegemaranku,..
makan dengan sambal belacan dan ikan goreng..
rasanya mak mertua panggil tak dengar....hi2X
Nak membuatnya memanglah senang sekali....kalau saper2 tak reti ni,
rasanya....org tu bukanlah seorang wanita sejati...hihi..jgn mareh!!!!

Monday, February 7, 2011

Buat renungan bersama



10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13
Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.
1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.
2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.
3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.
4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.
5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT
7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.
8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.
10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya

Tips/Petua Kecantikan

KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

( Sumber: http://web.utm.my/wangi )

~MeNu SeMaLaM~


Kangkung goreng belacan + udang

Ayam masak halia

Mangga ( pencuci mulut )

Sunday, February 6, 2011

~koleksi Tudung Bawal~

Hari ni hari rajin sedunia agaknya...lepas jer lipat kain, aku terfikir nak simpan tudung plak...dah lama tak sentuh & pakai tudung2 bawal ni, sejak timbul tudung fashion Ariani, tudung bawal ni semacam dah dilupakan...terasa sayang diletak merata2 jadi aku lipat dan susun utk simpan tempat yg selamat daripada Mok ti ( Tikus )..Lipat punya lipat, ..byk jugak tudung2 aku nih...masa dulu pernah jadi Tauke Tudung lah katakan..tu senang nak beli tu....warna ikut matching ngan baju lagi....
*
*
*
*
*
*

Inilah rupa tudung yg pada suatu ketika dulu menjadi pilihan utama 'ore kelate'.
Tudung bawal ni design dia lebih kepada yg berbatu-batu & berlian...
bagi yg suka melawa mcm aku ni....(hi2x) amatlah sesuai sekali...
Sekarang ni aku masih lagi memakainya, walupon x sekerap dulu, itupun ke majlis2 perkahwinan jer....

Pelbagai design & batu berlian..

Fashoin yg agak lama...batu berlian kecik...
rasanya tudung ni ada yg aku beli masa duk belajat kat universiti lagi..lama betul, tapi ianya cukup tahan lama..dan warnanya tak pernah pudar...
kainya pon tak berbulu sebab tudung2 bawal aku semuanya jenis kain bawal no1..



Design terbaru...tapi ada lg yg terbaru skrg ni,
tapi sejak timbul fashion Ariani,
aku dah tak 'uptodate' tudung2 bwl...jadi tak tahu apa yg terbaru kat pasaran skrg...


Tudung2 ni yg paling lama sekali, masa mula2 tibul lagi aku beli..masa ni just sulam bunga takder fashion berlian / batu...

Sesiap yg terbaca post ini, dan berminat utk menjual tudung bawal no 1,
boleh mesej yer..kami sedia menjual dengan harga yg murah ( harga borong)..
...HARAP MAKLUM...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP TEN MEMBER VISIT

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..