Sunday, February 27, 2011

Kuih Tepung Bungkus


Malam ni rasa takder apa nak buat, tengok daun pisang yg lebih buat acuan sarang pelita hari Jumaat hari tu masih ada kat dapur. Rasa sayang kalau nak biarkan begitua jer, jadi terpikir plak ..kalau dibuat tepung bungkus ok jugak..taklah membazir daun tu..
Jadi...dengan gigihnya aku pon bersiap sedialah utk memasak kuih tepung bungkus...
Tak pernah buat nih!!!..First time nak buat ni ..kita tengoklah nanti jadi ke tidak..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah dia rupanya tebung bungkus yg dah siap dimasak....

Bahagian dalamya..
hi3x... tak berapa cantik intinya, sebab aku terus letak tanpa dibaluti 
adunan debu pulut. nak cepat, takut anak merenget..
nantikan tak sempat siap pak kuih aku nih!!

Bahan2nya
1 cawan tepung beras
2 cwan santan pekat
Sedikit Garam
Daun pisang secukupnya

Cara2
Sebatikan tepung beras bersama santan kacau hingga pekat....

Bahan2 utk inti
1/2 biji kelapa di mesin ( kelapa muda )
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula
sedikit garam
sedikit air

Cara2
Masukan semua bahan dan kacau sampai sebati & masak.
Kemudian bolehla bungkus di dalam daun pisangsehingga adunan habis 
& bolehla kukus selama 10 minit.

Tepung Pelita

Kuih tepung pelita

Syawal menjelma  tandanya nak raya
Di malam hari pasang pelita
Manis & lemak enaknya rasa
Inilah dia kuih tepung pelita

Actualy kuih ni aku buat masa Jumaat lepas, di jual kat Pasar Tani...
Sebelum memasaknya, jgn lupa sediakan acuan dia. Takder daun pisang pon takper..
boleh letak dlm bekas...
tapi kalu guna daun pisang lg sedap...aromanya terasa & bau wangi...

Bahan2nya

Lapisan bawah ( hijau )

250 gram tepung beras ( 50 biji )
4 cawan mark air
Sedikit pewarna hijau / daun pandan di kisar tapis ambik airnya
2 cawan gula
sedikit air kapur ( aku x letak)
Cara2
Semua bhn disatukan dalam periuk. Sebatikan debu dlm air. Panaskan periuk kacau sehingga mendidih
( kacau jgn berhenti ). Selepas mendidih perlahankan api dan biarkan beberapa minit. Apabila tepung dah nampak pekat & likat, bolehla dimasukan ke dalam acuan daun pisang. Sebelum itu, jgn lupa letak gula dlm bekas acuan.


Bahan2

Lapisan Atas ( Santan )

250 gram tepung beras
4 cawan mark air
200  gram santan pekat
sedikit garam & gula

Cara2

Semua bahan disatukan dalam periuk.Lakukan seperti memasak bhn2 utk lapisan atas.
Bila masak masukan ke dalam acuan yg telah dimasukan lapisan hijau tadi.

** Sesetengah org dia kukus, tapi cara akub ni x kukus sebab dah kacau tepung tu sehingga betul2 msk**

Apam Bakar


Inilah dia kuih apam bakar yg menjadi kuih tadisional masyarakat kelantan..
Bila bercerita pasal kuih ni, pada zaman dulu2 kala..kuih ni dikaitkan dgn org mati..bukannya apa, time org mati mesti org2 kampung akan buat kuih ni utk dijadikan juadah pada majlis bacaan tahlih utk si mati..tetapi fenomena ini tidak lagi berlaku pada zaman ini..
Walauapapun sebagai ank jati Kelantan aku rasa bersyukur kerana masih berkesempatan utk mempelajari bagaimana cara membuat kuih ini & berasa bangga kerana pandai membuatnya...
Terima kasih kepada mak mertua aku yg tak jemu2 memberi tunjuk ajar kepada ku dalam menghasilkan kuih2 tradisional ini...
Buat kawan2 yg ada bertanyakan tentang cara nak membuatnya..
Di sini aku sertakan resepi2 nya....

Bahan2nya
250 gram tepung beras cap daun
1 cawan gula
Sedikit air gula merah ( nak bg sedikit warna perang adunan apam )
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
3 batang serai dipotong kecik2*
1/2 inci halia *
1/2 sudu besar serbuk lada hitam *
3 biji pisang kapas *
5 buku tapai ubi kayu *
1 sudu besar ibu roti ( yis / mauripan ) *
1 biji telor *

Cara2
Semua bahan2 yg bertanda * di blend hingga hancur. Tetapi pisang & tapai di blend asing darpd bhn2 lain.
( letak pisang di bawah, tapai di atas utk memudahkan bhn di blend ).Setelah semua bahan di blend, gaulkan semuanya dalam satu bekas yg besar & masukan debu.Kacau sampai sebati & elakkan daripada bhn berketul.sekiranya adunan masih pejal masukan air jgn terlalu cair.Kemudian setelah bhn betul2 sebati, bolehla masukan gula & air gula merah. ( Adunan yg siap dibancuh tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat )

** Tiada sukatan utk air.Semasa blend bahan2 jgn terlalu byk letak air**
** Dibakar menggunakan kuali kecik, dgn api yg amat perlahan**

Saturday, February 26, 2011

Ayam Masak Paprik

Ayam masak paprik ni adalah makanan kegemaran ku...kalau ratah begitu sahaja lagi sedap.....

Bahan2nya
Ayam yg telah dipotong kecik2 ( hidangan utk 3 org )
2 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
4 helai daun limau purut
2 biji lada burung ( boleh tambah jika mahu lg pedas )
1 biji lada besar merah
1 labu bwng besar
sayur carrot & bunga kubis
sedikit minyak utk menumis
perisa garam & gula.
Cara2

Tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masuka semua sos2 di atas. Apabila sudah garing masukan ayam bersama daun limau purut, masak hingga ayam empuk. Apabila ayam sudah empuk bolehla masuk perisa biar rasa sama rata. Akhir sekali masukan sayur, lada besar merah & bwg besar.

Resepi ni sbnrnya aku main letak2 jer.Ikur suka janji boleh dimakan & rasanya sedap...
aku sebenarnya suka create sendiri. Kdg2 bila p mkn atau beli makanan kat mn2 kedi aku suka rasa dan try buat. Hi3xx..tak rasaa mcm diorang pon...takper janji yg kita lagi sedap...kui3xx..jgn mare!!!!!

Sayur Putih Bayam + Ubi Keledek

Alhamdulillah...
Syukur Ke Hadrat Ilahi kerana aku masih lagi dipanjangkan umur &dikurniakan kesihatan tubuh badan, jadi..dapatlah aku masak memasak untuk santapan keluarga tercinta.
Masakan untuk hidangan tenghari ni...Sayur Bayam + Ubi Keledek. Bila bercerita pasal sayur bayam..teringat plak masa aku pregnantkan baby Raffeq..kerap jugaklah makam sayur ni nak bagi hb aku naik..Orang kata bila mkn sayur ni  boleh naikan darah bg mereka yg kekurangan darah..betul ke tak betul..? tu kita kena tanya Doktor lah yea!!!!


Sayur Bayam + Ubi Keledek
( sorry gambarnya x berapa cantik..malap jer)

Bahan2nya
1 Ikat Sayur bayam
3 Biji ubi Keledek
4 Ulas Bawang Merah
1/2 sb serbuk lada hitam
RM 1 santan
Segenggam Ikan Bilis
Sedikit Gram & gula

Cara2
Bawang Merah, Serbuk Lada Hitam &; ikan bilis di blend sampai hancur dgn sedikit air.
Masukan ke dalam periuk bersama santan ubi keledek &g telah dipotong. Apabila ubi empuk barulah masukan sayur, garam & gula .


Wednesday, February 23, 2011

Mifzal Punya Citer..

Semalam anak aku Si Mifzal pergi &balik sekolah macam biasa, ...
sekarang ni Semua pelajar 6 tahun balik lewat dari time biasa.Kebiasannya balik kul 12.00 tgh tapi memandangkan Cikgu Tadika diorang buat kelas tambhan untuk kanak2 yg berusia 6 tahun, jadi kena balik pukul 1.00 tgh.
Sampainya di rumah di terus tidur, 
agaknya terlalu letih memandangkan dia singgah di rumah Tok mama dia dulu.
*
*
*
Dalam sejam lebih dia tidur , akhirnya dia bangun & minta susu. ( jgn terkejut masih nyusu botol nih!!)
Masa aku nak bagi susu kat dia tu,
baru aku perasan seluar yg dia pakai tu bukanlah kepunyaan dia..
Hairan...Pelik...aku ni...!
tadi masa nak g sekolah aku pakaikan seluar dia, tup2  balik pakai seluar saper plak????..
Mula2 aku ty dia, terus dia nangis....bermati-matian dia kata seluar dialah....Aku ingatkan dia kencing dlm seluar ke??berak dalam seluar ke??...tapi x boleh nak ty dia..angin dia dah mula dah..
( sebenarnya dia malu dah tu) sebab cakap dia pakai seluar org.....hi3xx
Akhirnya aku suruh Cik hubby aku tanya...dia kalau dgn Papa dia ok jer...
dengan aku mesti nak mengamuk-ngamuk..rupanya dia bgth tadi masa kat sekolah dia kencing..
masa dalam tandas tu ada member lain yg jugak nak kencing...masa tulah agaknya dia tersalah pakai seluar...hi3xx..macam2 hal lah budak2 nih..seluar pon boleh tertukar...
*
*
*

Lepastu aku telefon cikgu dia bgth..Cikgu dia kata nanti dia akan tanya pada budak2 tu...
dan hari ni masa balik sekolah tadi , dia siap bawa seluar..dia kata" Mama wangi lah seluar Abe" ...Rupanya mak budak yg tersalah pakai seluar tu  tu dah hantar, siap basuh lagi..aku baru jer basuh hari ni..esoklah hantar seluar tu..hi3xx..
Aku bagitahu anak ku..lain kali mama akan tanda supaya abang kenal seluar abang,..taklah tertukar lagi....
Nasiblah seluar anak aku ni kain licin..kalau tak tak perasan2 pon....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..