Sunday, January 2, 2011

FiRsT DaY ScHOOL ( 2011)

Sebulan bercuti..
.Bermula kembali agenda persekolahan untuk anak sulong aku....
AZNOR MIFZAL 6 tahun masih bersekolah di Tadika Perpaduan Kg Sat ...
Hari ni pagi2 lagi aku telah kejutkan dia supaya tak terlewat apabila cik hubby aku balik ambik nak hantarkan dia...
maklumlah semenjak ada baby ni.. aku x boleh lagi nak menghantar dia ke sekolah sprt tahun lepas...jadi cik hubby aku terpaksa mengambil alih tugas ku itu...
*
*
*
Musim hujan ni air agak sejuk..dan dari semalam lg sebelum tdo dia dah berpesan kat aku ..yg dia nak mandi air panas...jadi aku pon panaskan lah air utk dia mandi...jadi pagi ni cukup bagus apabila dia bangun tak buat perangai...Mood dia baiklah tu..

Sempat lagi nak bergambar.
.untuk memenuhi permintaan mama yg kononya nak jadikan bahan cerita dalam blog yg tak seberapa ini....
Sarapan pagi 2 batang hotdog dengan air milo...huhu..
Iitulah permintaan dia...nak tak nak kena penuhi jugak..kalu tidak merajuklah dia....

Opss....comel hotdog,..hangus ..!!

Bulat mata...semalam tido lewat, hari ni pagi2 lagi kena bangun....

Sekolah tahun ni rambut pendek, kemas..
Biasa nya cikgu jenuh berpesan suruh potong rambut..bukan nya tak nak
potong tapi dia tak bagi...
Ini dia pertama kali dalam hidup pergi potong rambut kat kedai...
sebelum ni dia cukup susah nak potong rambut. Biasa papa dia yg potong kat umah..tapi pujuk punya pujuk last2 dia nak ke kedai...tapi sayang papa dia tak bawa kamera..kalu tidak boleh lah ambik gambar..

Selamat kembali bersekolah anakku..
Semoga tahun ni harapan mama & papa nak melihat abang pandai membaca tercapai...
Jadilah anak yg baik,
taat pada ibubapa & taat pada perintah Tuhan..
Semoga kesejahteraan dan kebahagiaan akan sentiasa menyelubungi hidupmu...
Amin Ya Rabal Alamin...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP TEN MEMBER VISIT

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..