Monday, March 7, 2011

Kerabu Sotong


Kerabu sotong ni aku masak dalam minggu lepas..disebabkan internet kat umah 
takleh nak guna tak boleh lah nak 'tayangkan' di sini...Takyah citer panjang2..aku terus jer salin resepinya...
( ini resepi aku punyalah..kalau org lain tu maybe lain plak!!)

Bahan2nya

6 ekor sotong dipotong bulat2 ( direbus )
1 batang serai ( dipotong halus )
1 labu bwng besar ( dipotong nipis )
2 ulas bawang merah ( dipotong nipis )
2 biji cili padi ( dipotong halus )
2/3 helai daun limau purut ( dipotong )
2 biji asam limau ( ambik air )
2 biji buah tomato ( potong memanjang nipis2 )
daun bawng & daun sup (ditabur di atas )

garam & gula secukup rasa

Cara2
1. Rebus sotong & jgn di buang airnya ( jgn terlalu byk air )
2. Setelah masak, masukan semua bhn2 tadi ke dalam bekas bersama sotong & gaul bagi serata.
3. Masukan air perahan limau nipis beserta perisa garam & gula.

Apa sudah jadi ni???

Alahai...
apa nak jadi, gara-gara terlewat bayar bil broadband,
internet tak boleh guna..takder internet ni susah jugak banyak citer2 
yg tergendala..tak dapat nak di 'updatekan '..nantilah yea!!!
bila dah ada masa yg luang aku akan cuba masukan citer2 yg tertunggak tu...hi2xx...
nak berfacebook pon tak boleh...tadi dah pergi settle dah..jadi ni dah boleh guna, bukannya apa selalu jer tangguh nak ke pejabat celcom tu..
nak byr online tak biasa ..tapi takper lepas ni bayar online jer lagi senang...tambah2 dah anak kecik ni susah nak kuar...nak kena dia besar sikit baru boleh bawa sekali...hihi..
.apapon ..tunggu yea dengan citer2 aku nanti.!!Sekarang ni tak boleh nak mengarang,anak tak tido lagi..nanti kan tak sempat nak siap......oklah nak ergi tidurkan sikecik...& Selamat malam semua semoga malam ini mimpikan yg indah2....Good Night & sweet dream!!

Sunday, February 27, 2011

Kuih Tepung Bungkus


Malam ni rasa takder apa nak buat, tengok daun pisang yg lebih buat acuan sarang pelita hari Jumaat hari tu masih ada kat dapur. Rasa sayang kalau nak biarkan begitua jer, jadi terpikir plak ..kalau dibuat tepung bungkus ok jugak..taklah membazir daun tu..
Jadi...dengan gigihnya aku pon bersiap sedialah utk memasak kuih tepung bungkus...
Tak pernah buat nih!!!..First time nak buat ni ..kita tengoklah nanti jadi ke tidak..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah dia rupanya tebung bungkus yg dah siap dimasak....

Bahagian dalamya..
hi3x... tak berapa cantik intinya, sebab aku terus letak tanpa dibaluti 
adunan debu pulut. nak cepat, takut anak merenget..
nantikan tak sempat siap pak kuih aku nih!!

Bahan2nya
1 cawan tepung beras
2 cwan santan pekat
Sedikit Garam
Daun pisang secukupnya

Cara2
Sebatikan tepung beras bersama santan kacau hingga pekat....

Bahan2 utk inti
1/2 biji kelapa di mesin ( kelapa muda )
2 keping gula melaka
1/2 cawan gula
sedikit garam
sedikit air

Cara2
Masukan semua bahan dan kacau sampai sebati & masak.
Kemudian bolehla bungkus di dalam daun pisangsehingga adunan habis 
& bolehla kukus selama 10 minit.

Tepung Pelita

Kuih tepung pelita

Syawal menjelma  tandanya nak raya
Di malam hari pasang pelita
Manis & lemak enaknya rasa
Inilah dia kuih tepung pelita

Actualy kuih ni aku buat masa Jumaat lepas, di jual kat Pasar Tani...
Sebelum memasaknya, jgn lupa sediakan acuan dia. Takder daun pisang pon takper..
boleh letak dlm bekas...
tapi kalu guna daun pisang lg sedap...aromanya terasa & bau wangi...

Bahan2nya

Lapisan bawah ( hijau )

250 gram tepung beras ( 50 biji )
4 cawan mark air
Sedikit pewarna hijau / daun pandan di kisar tapis ambik airnya
2 cawan gula
sedikit air kapur ( aku x letak)
Cara2
Semua bhn disatukan dalam periuk. Sebatikan debu dlm air. Panaskan periuk kacau sehingga mendidih
( kacau jgn berhenti ). Selepas mendidih perlahankan api dan biarkan beberapa minit. Apabila tepung dah nampak pekat & likat, bolehla dimasukan ke dalam acuan daun pisang. Sebelum itu, jgn lupa letak gula dlm bekas acuan.


Bahan2

Lapisan Atas ( Santan )

250 gram tepung beras
4 cawan mark air
200  gram santan pekat
sedikit garam & gula

Cara2

Semua bahan disatukan dalam periuk.Lakukan seperti memasak bhn2 utk lapisan atas.
Bila masak masukan ke dalam acuan yg telah dimasukan lapisan hijau tadi.

** Sesetengah org dia kukus, tapi cara akub ni x kukus sebab dah kacau tepung tu sehingga betul2 msk**

Apam Bakar


Inilah dia kuih apam bakar yg menjadi kuih tadisional masyarakat kelantan..
Bila bercerita pasal kuih ni, pada zaman dulu2 kala..kuih ni dikaitkan dgn org mati..bukannya apa, time org mati mesti org2 kampung akan buat kuih ni utk dijadikan juadah pada majlis bacaan tahlih utk si mati..tetapi fenomena ini tidak lagi berlaku pada zaman ini..
Walauapapun sebagai ank jati Kelantan aku rasa bersyukur kerana masih berkesempatan utk mempelajari bagaimana cara membuat kuih ini & berasa bangga kerana pandai membuatnya...
Terima kasih kepada mak mertua aku yg tak jemu2 memberi tunjuk ajar kepada ku dalam menghasilkan kuih2 tradisional ini...
Buat kawan2 yg ada bertanyakan tentang cara nak membuatnya..
Di sini aku sertakan resepi2 nya....

Bahan2nya
250 gram tepung beras cap daun
1 cawan gula
Sedikit air gula merah ( nak bg sedikit warna perang adunan apam )
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
3 batang serai dipotong kecik2*
1/2 inci halia *
1/2 sudu besar serbuk lada hitam *
3 biji pisang kapas *
5 buku tapai ubi kayu *
1 sudu besar ibu roti ( yis / mauripan ) *
1 biji telor *

Cara2
Semua bahan2 yg bertanda * di blend hingga hancur. Tetapi pisang & tapai di blend asing darpd bhn2 lain.
( letak pisang di bawah, tapai di atas utk memudahkan bhn di blend ).Setelah semua bahan di blend, gaulkan semuanya dalam satu bekas yg besar & masukan debu.Kacau sampai sebati & elakkan daripada bhn berketul.sekiranya adunan masih pejal masukan air jgn terlalu cair.Kemudian setelah bhn betul2 sebati, bolehla masukan gula & air gula merah. ( Adunan yg siap dibancuh tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat )

** Tiada sukatan utk air.Semasa blend bahan2 jgn terlalu byk letak air**
** Dibakar menggunakan kuali kecik, dgn api yg amat perlahan**

Saturday, February 26, 2011

Ayam Masak Paprik

Ayam masak paprik ni adalah makanan kegemaran ku...kalau ratah begitu sahaja lagi sedap.....

Bahan2nya
Ayam yg telah dipotong kecik2 ( hidangan utk 3 org )
2 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
4 helai daun limau purut
2 biji lada burung ( boleh tambah jika mahu lg pedas )
1 biji lada besar merah
1 labu bwng besar
sayur carrot & bunga kubis
sedikit minyak utk menumis
perisa garam & gula.
Cara2

Tumis bawang putih hingga kekuningan, kemudian masuka semua sos2 di atas. Apabila sudah garing masukan ayam bersama daun limau purut, masak hingga ayam empuk. Apabila ayam sudah empuk bolehla masuk perisa biar rasa sama rata. Akhir sekali masukan sayur, lada besar merah & bwg besar.

Resepi ni sbnrnya aku main letak2 jer.Ikur suka janji boleh dimakan & rasanya sedap...
aku sebenarnya suka create sendiri. Kdg2 bila p mkn atau beli makanan kat mn2 kedi aku suka rasa dan try buat. Hi3xx..tak rasaa mcm diorang pon...takper janji yg kita lagi sedap...kui3xx..jgn mare!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..