Sunday, May 9, 2010

~WaNitA & KecAnTikAN~

Wanita & kecantikan memang tak dapat dipisahkan...nak buat camner dah menjadi lumrah hidup..saperlah yang tak nak kelihatan cantik & menarik...kan???..untuk itu berhabis duit sikit takperlah kan????


Satu set ( perfume, deodorant & bedak) harga promosi rm 25.00 memang murah..
kalu takder promosi perfume tuh satu botol rm 39.90

Set penjagaan Nuriz ..kebetulan plak ketiga-tiga habis serentak...huhu, banyaklah sikit nak kena kuar duit..tapi takper sebulan sekali jer....

Sun Block Pink ( rm 18 ), B-Lotion ( rm 28 ) & D-solve krim malam ( rm 45)
tapi takper setiap satu ada potongan 10%...



~with Tudung Syria~

Ni kat umah my mom...baru lepas ambut hari ibulah kononyer..tapi gambar mereka2 yg lain tu tak boleh nak di post kan kat cni..maklumlah untuk jaga privacylah katakan!!!tapi gambar aku yg cun melecun ni mesti ada......hehehe....( jgn mare!!!! )




Rasa dah semakin tembam dah.....almaklumlah semenjak berdua dah naik 48.8 kg..alhamdulillah....


~Mothers day Card~

Pertama kali seumur hidup setelah bergelar ibu, first card Mothers day dari anak tersayang....walaupun tak seberapa tapi ianya amat memberi makna dalam hidup seseorang yg bernama I.B.U...thanks anak mama......


Maybe cikgu yg tulis nih......



Maklumlah 5 thn..tak reti lagi nak menulis cantik2..just mewarna je kot..apa2 pon, terharu dgn pemberiannya....balik dari sekolah terus ucap" Selamat hari ibu"........huhu.....


Sunday, May 2, 2010

~s@mBut@N H@Ri KeluARg@~ di PeRuM@H@N T@M@N B@R@K@H

Saturday-1 Mei 2010


Hari ni aku bangun awl sikit daripada hari biasa, almaklumlah nak p sambut hari keluarga yang dianjurkan oleh YB Abdul Fatah bertempat di padang yang berdekatan dengan umah aku...setiap tahun Hari Keluarga akan disambut di kawasan perumahan kami..Pelbagai acara yang disediakan untuk para ibu dan anak-anak..tak tahannya para ibu yang lebih2 ..maklumlah berpeluang untuk menonjolkan bakat yg ada....hehehe..aku ni yang tak sabar2 nak menyertai acara yg diadakan....
Semua acara aku masuk..walaupon perutku berisi tapi tak menjadi penghalangnya..bermain dengan penuh berhati-hati..hehehe..Antara acara yang disediakan untuk kaum ibu seperti bola jaring( just shoot bola dalam jaring) sesiapa yg berjaya memasukan bola dalam jaring paling byk dikira pemenang, mengisi air dalam botol, ngail dalam botol, bowling kelapa...heheh acara ini aku yg jadi juaranya..huhu..tak sia-sia dari pagi ke petang aku kat ctu..at least ada juga hadiah utk di bawa balik nanti..hadiah untuk cabutan bertuah cukup lumayan, masukan bola golf dalam lubang..acara ni aku di tempat ke 4..kira oklah daripada 79 orang peserta yang menyertainya...Dua buah basikal di sediakan pada mereka2 yg bertuah..tapi nombor aku tak bertuah pon..huhu...tapi takper dapat hamper pon dah kira oklah....daripada balik dengan tangan kosong...

With Kak Ta..semangat nih nak tunggu acara bermula, org di sebelah aku tu sanggup panggil adik ipar dia datang umah jaga anak..yealah nak mainlah katakan!!!huhu....

Walupon hari panas terik..semangat tetap tak luntur nak bersukaneka..hehe


Baru lepas acara lontar belon secara berpasangan...

With Kak Yah..Semua kakak2..heheh..kiranya aku yg paling muda..terasa muda sikit bila di kelilingi org yg lebih tua drpd kita..huhu


Acara tarik tali sedang berlangsung dikalangan para bapa...


dengan penuh debaran menunggu giliran ..kot2 nombor bertuah menjadi milik kaum ibu nih..hehhe



Kak Yah & Kak Hajar..


Bila nak pangiil no kita nih???


Tak sabar nak ambik hadiah nih!!!


Masih bergaya.....menawan lagi ..huhu



Ucapan oleh YB Abdul Fatah..



Acara Pembahagian Hadiah...


Yey...yey...dapat hadiah...



Hadiah temapt Pertama Acara Bowling Kelapa..huhu








Sunday, April 25, 2010

~L@w@T@n S@mBiL BeL@j@R~

Saturday -24/04/2010
Tadika Perpaduan Kg sat, daerah Tanah Merah telah mengadakan Lawatan sambil belajar ke Tumpat. Lokasi yang di kunjungi Kompleks Kraftangan Tadika Perpaduan & Pulau Tengkorak.
Kami bertolak menaiki keretapi dari Stesen Tanah Merah kira-kira jam 8.00 pagi...Keretapi dipilih sebagai pengangkutan kerana ingin memberi pengalaman kepada pelajar2...bukannya sahaja pada pelajar , malah pada ibu2 yg tidak pernah menaikinya..heheh ( termasuklah aku )...
Seemntara menunggu ketibaan keretapi sempat jugak aku snap beberapa gambar untuk kenang-kenangan...

Biasalah gambar dia mesti ada, sebab dialah aku dapat ikut sama lawatan ni...
Bukan main suka nak naik keretapi


mak plak yg lebih2...mengalahkan anak


with my nephew & sister in-law



Bukan main hepy lagi dapat naik keretapi..

Peace...!!!!


Seronok dapat naik keretapi..heheh


emmm........rasa pening lah plak!!

Ok tak?????

Stesen Tumpat..
dari stesen ini kami menaiki bas..untuk ke Kompleks Kraftangan

Di sini menempatkan segala jenis permainan yg belum di rasmikan lagi..so pelajar diminta supaya tidak menyentuh atau mengangkat barang2 tersebut..

Dah rasa letih tapi masih nak berposing lagi.....

Sempat bergambar di dataran Kompleks Kraftangan sebelum masuk ke bilik pameran..

Sibk nak bergambar dekat topeng singa..

Akhirnya sampai di Pulau Tengkorak bersempadan dengan Sungai Golok untuk ke Taba..
Di sini permandangan dan suasana nya amat menarik dan sesuai untuk aktiviti -aktiviti yang melibatkan program sekolah....semasa kami sampai terdapat beberapa buah sekolah yg sedang menjalankan aktiviti....

Cikgu sedang membahagikan minuman & makanan untuk pelajar...

Ibu2 baru lepas menjamu selera...

Bila perut kenyang, hati pon suka....

Dah keletihan, penat asyik duk berlari-lari bermain....
*
*
*
Akhirnya pada jam 12.30 kami bertolak balik dan kira-kira jam 3.30 kami sampai ke rumah...sunggoh menyeronokan walaupon letih dek kerana bas yg agak buruk dan terpaksa berkongsi tempat duduk...huhu...anak aku lagilah, bukan main suka bila boleh naik keretapi...Insyaallah..bulan 7 akan diadakan plak lawatan untuk hari Keluarga sekolah tersebut.....


Tuesday, April 20, 2010

~~AlaHai KeK CokLaT~~

Teringin nak makan kek coklat..hubby suruh beli jer dia kata senang...tapi aku berkeras nak buat sendiri..lagi puas hati..heheh...konon2 nyer nak cuba tunjuk bakat yang ada......tapi tak taulah jadi ke tidak..sama2 lah kita tengok nanti........
Pagi2 lagi aku dah bersiap ke kedai untuk mendapatkan bahan-bahannya....walauapapon rintangan..hari ini aku mesti buat jugak kek tuh.....sebab dah berhari2 duk tangguh....
hari ni ahbis jer kelas komputer aku balik umah, solat asar dan terus memulakan upacara memebuat kek....hehehehhe
Kek ni aku kukus jer...tapi yg suspen nyer masa nak membuka tudung gugusan tuh..bukan aper takut tak naik jer...manalah tau buka2 kempes jer kek aku....
*
*
Rasa2 jadi ke tidak????
*
*
Cuba Teka
?
?
Buka..buka...alahai...nasiblah naik molek jer kek aku...hehe..tunggu dulu...biar lama sikit, kot2 dia kempes balik...ah!!!....nasib baik..tak kempes.......heheh...
*
*
Setelah di saluti dengan coklat masakan dan coklat urai......
Jeng...jeng.....jeng...............


Setelah satu jam lebih bertungkus lumus naka inilah hasilnya......
Kek Coklat ( Bersalut Coklat Masakan & coklat Urai )
Saper2 yang nak cuba buat..boleh dapatkan resepi ni Facebook aku....huhu..Selamat Mencuba...
Bye..Bye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..