Friday, June 10, 2011

Assalamualaikum...

Lamanya rasa aku tak update blog, pejam celik..pejam celik dah masuk hari ke -10 dalam bulan Jun ni...hari ni baru nak 'write something' kat sini..tu pon sebenarnya tak tahu nak tulis aper... dua tiga minggu ni duk sibuk kenduri kendara ..dapur pon tak berapa nak berasap lah...orang yg kenduri tapi dapur kita plak yg tak berasap...hihi....biasalah family tak ramai ni... kalau mls masak aku tapau jer..takpon masak ala2 kadar jer...


Cuti sekolah dah berlalu, esok lusa sekolah kembali..tapi yg tak bestnya cuti sekolah kali tak pergi mana2...plan nak g KL, tapi tak jadi....sebenarnya aku ada masuk kursus membuat kuih pau..tapi ditunda 25/6 depan..so kena tunggulah!!!!emm....tak sabar dah ni,,,,..Oklah, itu sahaja pembuka kata untuk bulan Jun ni..no more story....Nantilah kalau rajin nak masukan sikit gambar yg sempat snap kat kenduri kahwin....Bukannya apa..internet slow sangat..kalau nak upload gambar kena tunggu lama ,,tu yg aku jadi mls tuh...apapon nanti kalau berkesempatan aku masukan...
*
*
*
...Gambar selingan...

R@ffeQ 8 Bulan








Sunday, May 29, 2011

Roti Jala

Hidangan petang sampai ke malam for today ~29.05.2011~
Kebetulan cik hubby beli roti canai pesanan dari anakanda...jadi tak pyh susah2 buatkan kuahnya..guna kuah kacang dhal & kuah kari roti canai tu jer....kik..kik...cepatlah keje aku...( nampak sangat malas )...

Nasi Ayam

Lunch for today ~ 29.05.2011~
Aku masak Nasi Ayam..Mulanya nak masakNasi Ayam Hainan, tapi cik hubby kata takut tak sedap kalau tak goreng ayam..nampak putih mcm tak sedap jah....hihi..so aku pon peraplah jugak ayam tuh..dan bakar sekejap nak bg dia nampak keperangan....resepi ni lebih kurang sama mcm yg aku buat dulu..Cuma yg bezanya kali ni aku blend beberapa helai daun pandan dan masukan ke dalam beras nak bg ada warna hijau sikit & nasi pon baunya wangi jer....

Sedia untuk disantap oleh anakanda ku....

 Kali ni ayam ni aku bakar  jap..lebih kurang dalam 15 minit, tak pyh bakar 
lama2 sebab aym tu dah masak dah..Cukup senang & simple jer.Saper2 yg nak cuba resepinya boleh search
kat ats..Bukan aper rasa mls nak salinkan resepinya kat sini..hihi2..jgn mare!!!!

Makaroni Bakar


 Teringin nak buat & nak makan benda alah nih, bila jalan2 & singgah di blog kawan2... Masih ingat lagi masa form 1, dalam kelas ERT ( Ekonomi Rumah Tangga ) aku pernah masak benda ni....& ini merupakan kali ke-2 aku memasaknya...dah lama ..so memang x ingat dia punya resepi..jadi aku survey kat internet...biasanya aku ni kalau ambik resepi agak2 jer..tak ambik sepenuhnya..yg ni pon sama kalau x silap aku tengok resepi ni dalam blog http://resepisedap.blogspot.com tapi cara & bhn2 nya aku letak ikut cara aku, sebab ada bhn2 yg takder kat dapurku..so aku letak mn yg ader jer..Jadi tuan punya resepi jgn marah yer!!....Ini resepi yg aku buat...

Resepi Makaroni Bakar

150 garam Makaroni ( direbus & ditoskan )
isi ayam dicincang aku guna dalam 3 ketul isi ayam
2 biji bawang putih & 1 biji bawang besar dipotong halus/dicincang
sedikit marjerin utk menumis bwg.
1 sudu serbuk kari
1 sudu perisa cukup rasa
secubit gula
sedikit serbuk lada sulah
sedikit air
4 biji telor
sedikit carrot dipotong dadu & daun bawang
3 keping keju

Cara2nya

Panaskan kuali dan cairkan marjerin. Kemudian tumis bawang sampai wangi, masukan isi ayam serta carrot. Masukan sedikit air dan semua bhn perisa, masukan 2 biji telor kacau bagi rata dengan bhn2 tadi kemudian masukan makaroni kacau sampai masak.Tutup api.Sediakan loyang, sapu sedikit marjerin dalam loyang & masukan makaroni. Bahagian atas sekali letak keju. Sebelum dibakar blend 2 biji telor & tuangkan ke dalam loyang yg berisi makaroni tadi. And then bolehla dimasukan ke dalam oven & bakar selama 30 minit /sehingga makaroni bertukar menjadi warna kekuningan.

Saturday, May 28, 2011

Bingka Pandan

Assalamualaikum semua..Apa khabar??
Harap2 semuanya sihat-sihat belaka..kemana agaknya cuti sekolah musim ini??tak kira ke mana anda pergi bercuti harap semuanya bergembira...Actually dah lama aku tak bersiaran di sini, almaklumlah...tak berkesempatan..apapon untuk tidak menghampakan pengunjung2 blog aku ni ( ewahh..ewahh..bunyinya macamlah ramai sangat yg sudi berkunjung )..hehehe...aku cuba jugak untuk meng'update' cerita2 terkini dariku di Blog Keluargaku Syurga Ku ini...
Hari ni baru berkesempatan nak masukan gambar Bingka Pandan yg aku buat hari Khamis lepas, sebenarnya buat utk bawa g Pasar Tani, tapi..kebetulan mak dan adik2 aku datang umah..so aku hidangkan sebagai juadah untuk mereka...Mintak maaflah yea!!!Bingka ku ini sedikit hangus...hihihi....


Tu diaaaa......rupanya Bingka aku ni...hangit sedikit, tapi taklah rasa pahit..boleh dimakan lg bhg atasnya..tetapi sedap....Aku dah lupa ambik resepi kat blog saper, sorrylah yer tuan punya resepi..masa tulis tu tak ingat nak tulis nama blog, apapon terima kasih kerana hasilnya memang sedap..saper2 yg nak cuba aku tolong salinkan resepinya di sini.

Resepi Bingka Pandan

Bahan2nya
1 cawan air daun pandan 
( sedikit pewarna hijau )
3 cawan santan
( aku guna 2 cawan santan pekat , 1 cawan air biasa )
4 biji telor gred A 
( aku guna 2 biji telor gred double A & 1 biji telor Gred C
3 cawan gandum
11/4 cawan gula 
secubit garam

Cara2 Menyediakannya
Aku just blend kesemua bahan2nya & tapis ke dalam loyang. Kemudian bakar selama 45 minit.

Saper2 yg nak try, di alu-alukan...

Wednesday, May 25, 2011

Sup Tulang Lembu

Sup tulang lembu....enak dimakan begitu sajaa.....hi3x.....
Lauknya dah habis, baru sempat nak tonjolkan kat sini,..Resepinya aku just tengok arahan kat plastik Pperencah Sup Tulang Alissa ) tak yah pening2 nak cari resepi lain...kalau saper nak try bolehla dapatkan perencah sup tersebut...tak kurang hebat rasa keenakannya berbanding guna perencah sup jenama yg lain....,biasa aku guna perencah sup bunjut adabi ..sekali sekala tukar selera......tu yg try jenama Alissa.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..