Saturday, February 19, 2011

Sotong Goreng Kunyit

Ni menu semalam..tak sempat nak update,...aku masukan hari ni...Sotong masak kunyit ni favourite my hubby...dah lama x masak mcm ni...memandangkan bahan2nya agak simple dan sememangnya dah ada kat dapur aku ni..just campak2 jer...hi3xx..

Bahan2nya

10 ekor sotong dipotong ( digaul bersama kunyit & sedikit garam )
2 ulas bwg putih ( ditumbuk / blender)
5 ulas bawang merah ( ditumbuk / blender )
1 labu bawang besar ( dipotong )
1 biji lada merah ( dipotong )
1 biji buah tomato ( dibelah 4 )
sedikit serbuk kunyit
perisa ( garam, gula, ajinomoto )

Cara2
Tumis bahan2 yg ditumbuk hingga garing. Kemudian masukan sotong .Goreng sehingga masak & bolehlah masukan bwng besar, tomato & lada besar.Kalau masak dalam kuantiti yg banyak, disyorkan blender bahan2 td.Aku just tumbuk sebab masak sedikit jer.Maklumlah nak cepat lah katakan...Simple jer tp sedaplah jugak makan bersama nasi + sambal belacan..

Thursday, February 17, 2011

Nasi Lemak

Jeng..jeng..jeng.......
.Sepinggan nasi lemak utk sarapanku hari ni....


Memandangkan hari ni hari Jumaat , 
so..sudah menjadi rutin tugasku..nasi lemak ni aku buat utk dijual di pasar tani.
dan jugak menjadi breakfast aku hari ni....taklah susah nak msk atau nak beli lagi..hihi...
sengaja tak nak letak resepi di sini..yealah semua org pon th nasi lemak menunya sama sajer...
Yg bezanya sedap n tak sedap jer...
.kalau aku cakap sedap kan..takut nanti kata masuk bakul angkat sendiri palk..
So..
saper2 yg nak try nasi lemak aku ni sedap ke tidak...??
kena datang Pasar Tani kat Tanah Merah ...( Depan Pasaraya Saleem Aziz)
Setiap hari jumaat yer..Jgn lupa...!!!


Nasi Air Campur


Terbang tinggi si burung kenari
Singgah sebentar disebatang dahan 
Jomlah singgah di blog aku ini
Semoga anda tidak lah bosan

Sayang sayang si burung kedidi
Terlepas sudah terbang melayang
terciptanya resepi nasi air ini
khas buat ank tersayang


ops...jgn close this window, anda masih lagi dalam Blog Keluarga ku Syurgaku...
bukannya dalam blog Pantun Yer.!!!hi3x..sajer jer nak tukar angin..
berpantunlah plak!!Amacam...ada talent tak aku berpantun...
Sebenarnya nasi air ni aku buat utk ank teruna aku,..ni menu semalam..disebabkan dia demam jadi aku masaklah nasi air ni utk dia..bagi selera dia mkn sikit..Kalau nak cuba bolehlah..resepi di bwh ni..


Resepi

Bahan2nya

Beras ( direbus sampai lembik )

Bwg putih 2 ulas
Bwg Merah 2 ulas
Sedikit halia
Ayam, Udang, Isi ikan , Hotdog ( Kalau x suka hotdog, x masuk pon takper)
daun sup & daun bwng, serbuk lada sulah
Air secukupnya

Cara-cara
Tumis bawang putih, bwg merah halia hingga naik bau, masukan bhn luk tadi & masukan air bg mendidih.
Setelah kesemua bhan2 td nampak empuk bolehlahdimasukan perisa secukup rasa.kemudian boleh  angkat dan di campurkan dgn nasi tadi.

Monday, February 14, 2011

Nasi Goreng Belacan


Semalam takder lauk nak masak..dah kehabisan stok, 
jadi untuk berjimat goreng jer nasi...at least taklah membazir nasi yg lebih kat dapur tu...
kalau beli kat kedai ni dah berapa ringgit nih!!...
Memandangkan lauk ayam yg aku goreng masih ada lagi jadi aku campurkan dalam nasi tu...
sedap jugak...

Resepi Nasi Goreng Belacan versi aku...

Bahan2nya:-
2 cawan nasi putih
2 ulas bwng putih ( dimayang)
2 ulas bawang merah (dimayang)
sebatang hotdog dipotong nipis
1 sudu sambal belacan
1 biji telor
Ayam
Daun bawang &  daun saderi

Cara-caranya
Tumis bawang sambai bau wangi, masukan telor, sambal belacan,ayam,hotdog sampai masak.Kemudian masukan nasi. Goreng sampai sebati & masukan perisa secukup rasa..Kalau ada sayur boleh masukan sayur jugak..Tapi kat dapurku dah habis stok sayur so aku masukan daun saderi & daun bawang....ok jugak..

Sunday, February 13, 2011

Sup Ayam


Hari ini aku just masak sup ayam....tak tahu nak masak aper
di hidangkan bersama telor goreng & sambal belacan


Sup ayam yg telah siap dihidang  & bersedia utk dimakan



Friday, February 11, 2011

4 TH ANNIVERSARY GIVEAWAY @
CERITA-CERITI IBU AYRA
SYARAT-SYARATNYA:-

1. Follow blog Cerita-Ceriti Ibu Ayra dan Cerita-Ceriti Contest Ibu Ayra. (TQ in advance!)

2. Letak banner di atas di side bar blog korang beserta dengan linknya sekali.

3. Buat satu entri dengan tajuk 4TH ANNIVERSARY GIVEAWAY @CERITA-CERITI IBU AYRA. Pastikan ada banner di atas juga dengan backlink ke entri ini.

4. Dalam entri itu, korang wish/doakan kebahagiaan aku dan en abu sekeluarga. Buat sekreatif mungkin. Nak buat simple pun boleh. Terpulang. (korang diizinkan kalau nak pakai gambar2 dalam blog Cerita-Ceriti Ibu Ayra)

5. Last sekali, tinggalkan link entri korang tu kat entri INI sahaja.


Hadiah akan diberikan berdasarkan 2 kategori:


i. Seorang pemenang untuk entri yang paling menyentuh hati aku

dan

ii. Seorang pemenang untuk Lucky Draw untuk penyertaan lain (pemenang (i) akan dikecualikan dari kategori nih)

Hadiahnya aku belum decide lagi tapi insyaallah souvenir yang akan ku beli time aku holiday bulan depan.

Kalau penyertaan menggalakkan, mungkin aku akan tambah bilangan pemenang.

Dateline: 9 Mac 2011

****************************************************************************
****************************************************************************



Sebenarnya, sebelum ini aku tidak pernah join GA yg dianjurkan mana2 Blogpun...,
tapi setelah aku masuk Blog Cerita-Ceriti Ibu Ayra ni aku rasa tetarik dan ingin mencubanya..tak menang pon takper...tak salah kan kalau nak mencuba...???
Anyway....
Buat Pn Ros & En Abu...


Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Yang Ke-4
Semoga akan terus berbahagia selamanya..
Semoga Kasih Sayang kamu akan terus mekar mewangi
Semoga Cinta di hati akan terus bersemi
Membawa ke Syurga Firdausi..
Semoga hadirnya seorang puteri akan terus menyinari
hari-hari yg dilalui.......
Semoga
ALLAH sentiasa melindungi & merahmati hidup
Pn Ros & En Abu Sekeluarga
Amin Ya Rabbal Alamin...

Align Center

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..