Wednesday, April 13, 2011

Bacalah Anakku


 Salam satu malaysia semua,..jangan ingat aku nak jual buku plak yer!!..aku bukannya apa sebenarnya, masukan buku2 ni just nak sharing dengan para pembaca yg tersesat masuk kat blog aku ni..faedah & kebaikan tentang buku ini..Mungkin semua da tahu pon, tapi takpelah kalau yg dah tahu tu Alhamdulillah...tapi kalau yg masih tak tau tu, & perlukan sesuatu untuk anak anda cepat membaca...boleh cuba dapatkan buku ini di kedai2 buku yg berhampiran...aku tolong promote( che waaahhh ) mcm dapat komisyen lah plak!!!!

 Hasilnya cukup berkesan. Ini telah terbukti pada ank sulong aku sendiri, dalam masa yg singkat dia sudah boleh membaca...Kalau saper2 ada  ank2 yg bersekolah di Sekolah Tadika Perpaduan sesetengah guru telah menggunakan buku ini sebagai bahan tambahan. Aku ingat lagi semasa Mifzal 5 tahun, dia masih tidak dapat membaca, bukan main rungsing lah aku..duk pikir bgmn caranya nak bg dia boleh membaca..aku bertekad dalam hati & berbincang ngan cik hubby aku..walaumacammana cara sekalipon. masa umur 6 tahun aku nak pastikan dia dah boleh membaca...Semasa majlis akhir tahun di sekolah Tadika anakku aku melihat ada beberapa org pelajar yg sudah boleh membaca, di sinilah timbul keinginan & kesungguhan dalam diriku utk memastikan ank aku dapat membaca...

Dan Bermula cuti sekolah thn lepas aku bertungkus lumus mengajarnya sendiri di rumah, bermula dengan buku 1 sehinggalah pada buku 5. Aku terkejut jugak dalam masa 2 minggu lebih anak aku dah dapat baca sendiri buku 1 hingga buku 5. Lepas tu dia dah mula jemu & mcm dah bosan..aku stop dulu..tak nak paksa dia..tapi kira Alhamdulillah...dia dah boleh baca, cuma tinggal yg buku 6 hingga 8. Bermula awal persekolahan sesi Jan 2011, cikgu dah mula buat kelas tambhan utk pelajar yg berumur 6 tahun, dan dari sinilah dia mula belajar buku 6 sehingga sekarang dah masuk buku 8.Aku dah janji dari awl ngan dai kalu dah habis belajar sampai buku 8 & boleh baca sendiri buku cerita , aku akan belikan dia kereta control.Mungkin disebabkn dia nak hadiah tu, ada kesungguhan & keinginan dalm dirinya utk belajar.... Hingga ke hari ini, cuma tinggal beberapa helai jer dia nak habiskan buku 8, dan sekarang dia dah boleh baca sepenuhnya..walaupun tak selancar ,mana, tapi dah boleh baca buku2 cerita yg aku belikan & boleh baca ayat yg keluar kat tv. Alangkah gembira & suka nya rasa hati aku..berbunga-bunga..berbaloi-baloi jugak usaha aku nak tgk dia dapat membaca sebelum masuk darjah 1....Aku tahu ada jugak sesetengah tu ank2 umur 4 5 thn dah boleh baca...yg tu lagi baguskan?????

 Tidak lupa jugak ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu Lah & Cikgu Da yg tidak jemu2 mengajar dan mendidik anakku & jugak anak2 yg lain.semoga jasa cikgu Tuhan saja yg dapat membalasnya....
Satu set buku ini hanya RM 36.90, kalau tahu dari awal2 dulu umur 4 tahun dah boleh start ajar. Mengandungi  8 buah buku, 1 buku panduan & 1 CD. Insyaallah, kalau dipanjangkan umur akan ku praktikan awl2 untuk Raffeq pulak nanti..Kepada ibu2 yg masih bingung & tercari-cari cara yg terbaik & berkesan utk mengajar anak anda membaca tidak rugi membeli buku ini....Semoga usaha kita semua utk berikan yg terbaik untuk anak2 diredhai oleh Allah S.W.T.

Tuesday, April 12, 2011

Nasi Tomato vs Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum & selamat petang semua...dah makan ke belum ni???
Emm....aku dah kenyang dah ni...hi3x...korang semua pon mesti dah makan kan? yealah dah masuk kul 3 petang , takkan masih tak mkn kot......Bercerita pasal makan ni,..
sebenarnya aku nak bagitahu korang ni..hari ni aku masak nasi tomatao n ayam goreng berempah..hi3x...konon2nya nak tayang lah.....jgn ada yg marah plak!!!Nasi Tomato ni aku guna resepi mcm yg sudah2 dan ayam goreng bermpah ni aku buat sendiri..tapi sedap
jugak....
 
 
 Inilah dia rupanya nasi tomato aku....dimakan bersama ayam goreng berempah
& kubis goreng kunyit...

Nyum..nyum...sodappppnya.....jomlah join sama2...tak cukup boleh tambah...hi3x..

Sunday, April 10, 2011

Agar-agar Santan Gula Melaka

Agar2 santan ni kegemaran aku...berbanding agar2 santan pandan aku lebih suka yg ni...
tetapi cik hubby aku plak dia x suka yg ni..dia lebih suka yg pandan punya!!!...hi3x...
apapon kali ni aku buat agar2 ni sebenarnya nak bawa ke majlis harijadi adik ipar aku..tak th nak masak aper..last munite , tengok serbuk agar2 ada kat dapur tu terus jer buat..benda dah ada org kata.....daripada pergi tangan kosong, at least ada jugak benda yg aku bawa....
*
*
Ermm...aku tahu mesti ramai yg tahu buat agar2 ni..yealah bukannya susah pon...kalau beli serbuk agar2 tu kat belakang pon ada tulis dia punya caranya...
tetapi saper2 yg tak pernah buat / atau tak ingat resepinya..
aku tolong catitkan di sini..manalah tau kalau ada yg tersesat masuk kat blog aku ni...ada yg nak try cuba....hi3x.. Resepi ni aku guna cara aku sendiri kalau kebetulan serupa dgn mana2 pihak tu..mintak maaplah yer..

Bahan-bahannya
 10gm serbuk agar2
1.5 liter air ( aku letak 1 liter jer )
Rm 3 santan pekat
3 keping gula melaka
sedikit air gula melaka yg dihanguskan
2 senduk kecik gula
secubit garam
1 biji telor

Cara-cara menyediakannya
1. Masukan air ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar.
2. Masukan santan & telor yg telah dipukul
3. Masukan gula putih & gula melaka serta secubit garam
4.Kacau sehingga mendidih & tuangkan ke dalam acuan / bekas. Biarkan keras

~~Selamat Mencuba~~

Saturday, April 9, 2011

Besday Adik Arif

Clebrate Hari jadi Adik Aris ( adik ipar aku ni ), konon2nya nak buat 
suprise kat dia...

 Inilah kek yg telah dibeli oleh Aniey untuk Majlis ini...
 
10+7 dah masuk 17 tahun......umur Ayoh Su...
panggilan dari anak saudara..
Hepy Besday To You,..
Hepy Besday To Ayoh Su
Hepy Besday To You..

Semuanya sudah siap menunggu tuan empunya diri untuk meniup lilin..hihi..

Juadah yg disediakan oleh AdikAniey
selaku penganjurlah kononya....emm, agar2 santan tu aku yg buat tau!!!

Emm...tengoklah budak yg pakai baju hijau tu...dah merajuk tu..ada yg x kena lah tu...
siapa lagi kalau bukan ank teruna aku ..


ahhh...inilah dia tuan empunya diri yg menyambut hari jadi yg ke-17...cepatlah potong kek ayah su,
semua anak buah tak sabar nak tunggu mkn kek..

Mula2 malu...nak kena pegang ni...takut lari..hi3x...

Control macho....

Sedia...potonggggggg...



Anak buah sedang menjamu selera.....




Yang baju putih ni,..inilah Anie yg merancang semua ni...sajer jer,..buat suka2...


Eik..tersesat ke???hi3x..bukannya tersesat ..aku sajer nak letak kat bwh..
sempat berposing kat umh tadi sebelum datang kat umah mak mertua..


emmm..ini plak adik bongsu aku..bukannya selalu nak bergambar bersama camni...dia tidur kat umh aku semlaam, gara2 nak g ekspo...hi3x


Wednesday, April 6, 2011

Nasi Goreng Ayam

Nassi goreng aku masak pagi tadi....macam biasalah utk tidak membazir nasi putih yg masih ada kat dalam periuk tu..kalu tidak mesti dah tak mkn dah..tu yg goreng tu.....
konon2 nya nak buat nasi goreng ayam lah ni..mcm yg biasa cik hubby aku tapau kat aku...
emmm...kira oklah jugak, rasanya....hi3x.....

Bahan2nya
2 cawan nasi putih
2 ulas bwng putih ( ditumbuk )
3 ulas bwg merah ( ditumbuk )
1 biji cili padi ( ditumbuk )
2 ekor sotong
1/2 labu bwg besar
1 biji telor
perisa gula, garam & sedikit ajinomoto
sedikit daun bawang

ayam utk lauknya



Cara menyediakannya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bwg yg telah ditumbuk.
2.Masukan sotong & telor.
3. Masukan nasi
4. Masukan semua perisa. daun bawang & bwng besar yg telah dipotong.
5.Kacau bagi serata, beberapa minit kemudian boleh diangkat.
6. Goreng ayam & dihidangkan bersama nasi.


Kek Coklat

Dah masuk 2 minggu aku tk bersiaran di blog ni...( waka2 )...mcm stesen tv lah plak...keadaan tidak mengizinkan, ank tak berapa sihat.aku sendiri pon tak berapa sihat..ni pon batuk masih tak hilang2 lagi....hari tu dah hilang jap..tapi ank yg sulong plak kena selsema..berjangkitlah lagi kat aku n baby...tambah2 maknya nih susah nak mkn ubt..tambah2lah ubat batuk ...hr tu dah tak boleh thn sangat batuknya..aku pon suruh cik hubby aku p beli ubt batuk yg biji kat klinik...barulah boleh mkn..hi3xx..

Dalam keadaan tak berapa sihat ni pon..terasa jugak nk mkn kek coklat...
dah lama bebenor aku tak buat kek nih..aku nih kalu tak sihat pon..selera mkn tak pernah hilang..
kecuali sakit yg dalam kategori teruk org kata, ahhhh....tu baru takder selera mkn...kalau tak telan jer apa yg ada kat dapur tuh....hi3x..

Inilah dia rupanya kek coklat yg aku buat semalam...biasa letak coklat rice warna warni..hari ni tukar plak..letak yg warna coklat..hi3x..tapi ank sulong aku x suko..
nak suruh letak yg warna warni jugak...
Kali ni aku tukar rsepinya ikut yg dalam blog ezah kalu tak silap..
yg bezanya dari selalu yg aku buat just tukar minyak masak/minyak jagung kepada butter yg telah dicairkan...rasanya cuma sama jer.tapi rasanya yg letak butter ni mkn rasa muak sikit....jgn marah yer tuan empunya resepi...apapon tetap sedap...hi3x..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Breastfeeding tickers

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..