Wednesday, April 13, 2011

Bacalah Anakku


 Salam satu malaysia semua,..jangan ingat aku nak jual buku plak yer!!..aku bukannya apa sebenarnya, masukan buku2 ni just nak sharing dengan para pembaca yg tersesat masuk kat blog aku ni..faedah & kebaikan tentang buku ini..Mungkin semua da tahu pon, tapi takpelah kalau yg dah tahu tu Alhamdulillah...tapi kalau yg masih tak tau tu, & perlukan sesuatu untuk anak anda cepat membaca...boleh cuba dapatkan buku ini di kedai2 buku yg berhampiran...aku tolong promote( che waaahhh ) mcm dapat komisyen lah plak!!!!

 Hasilnya cukup berkesan. Ini telah terbukti pada ank sulong aku sendiri, dalam masa yg singkat dia sudah boleh membaca...Kalau saper2 ada  ank2 yg bersekolah di Sekolah Tadika Perpaduan sesetengah guru telah menggunakan buku ini sebagai bahan tambahan. Aku ingat lagi semasa Mifzal 5 tahun, dia masih tidak dapat membaca, bukan main rungsing lah aku..duk pikir bgmn caranya nak bg dia boleh membaca..aku bertekad dalam hati & berbincang ngan cik hubby aku..walaumacammana cara sekalipon. masa umur 6 tahun aku nak pastikan dia dah boleh membaca...Semasa majlis akhir tahun di sekolah Tadika anakku aku melihat ada beberapa org pelajar yg sudah boleh membaca, di sinilah timbul keinginan & kesungguhan dalam diriku utk memastikan ank aku dapat membaca...

Dan Bermula cuti sekolah thn lepas aku bertungkus lumus mengajarnya sendiri di rumah, bermula dengan buku 1 sehinggalah pada buku 5. Aku terkejut jugak dalam masa 2 minggu lebih anak aku dah dapat baca sendiri buku 1 hingga buku 5. Lepas tu dia dah mula jemu & mcm dah bosan..aku stop dulu..tak nak paksa dia..tapi kira Alhamdulillah...dia dah boleh baca, cuma tinggal yg buku 6 hingga 8. Bermula awal persekolahan sesi Jan 2011, cikgu dah mula buat kelas tambhan utk pelajar yg berumur 6 tahun, dan dari sinilah dia mula belajar buku 6 sehingga sekarang dah masuk buku 8.Aku dah janji dari awl ngan dai kalu dah habis belajar sampai buku 8 & boleh baca sendiri buku cerita , aku akan belikan dia kereta control.Mungkin disebabkn dia nak hadiah tu, ada kesungguhan & keinginan dalm dirinya utk belajar.... Hingga ke hari ini, cuma tinggal beberapa helai jer dia nak habiskan buku 8, dan sekarang dia dah boleh baca sepenuhnya..walaupun tak selancar ,mana, tapi dah boleh baca buku2 cerita yg aku belikan & boleh baca ayat yg keluar kat tv. Alangkah gembira & suka nya rasa hati aku..berbunga-bunga..berbaloi-baloi jugak usaha aku nak tgk dia dapat membaca sebelum masuk darjah 1....Aku tahu ada jugak sesetengah tu ank2 umur 4 5 thn dah boleh baca...yg tu lagi baguskan?????

 Tidak lupa jugak ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu Lah & Cikgu Da yg tidak jemu2 mengajar dan mendidik anakku & jugak anak2 yg lain.semoga jasa cikgu Tuhan saja yg dapat membalasnya....
Satu set buku ini hanya RM 36.90, kalau tahu dari awal2 dulu umur 4 tahun dah boleh start ajar. Mengandungi  8 buah buku, 1 buku panduan & 1 CD. Insyaallah, kalau dipanjangkan umur akan ku praktikan awl2 untuk Raffeq pulak nanti..Kepada ibu2 yg masih bingung & tercari-cari cara yg terbaik & berkesan utk mengajar anak anda membaca tidak rugi membeli buku ini....Semoga usaha kita semua utk berikan yg terbaik untuk anak2 diredhai oleh Allah S.W.T.

2 comments:

Mamasya said...

Salam kenal Nor..dtg kunjungan balas. tk promot buku tu....nanti nak cari utk anak.

miesha said...

salam. buku nie memang bagus. saya pun ader beli buku nie walaupun saya belum guna lagi utk ajar anak saya...anak kecik lagi : )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP TEN MEMBER VISIT

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..