Sunday, March 13, 2011

Nasi Tomato

Hari ni, aku masak nasi tomato untuk mkn tengahari..tak sia2 aku ambik resepi kat my resepi..hasilnya memang sedap & menyelerakan...simple tapi sedapppp....anak teruna aku biasanya kalau nak suruh mkn nasi, bukan mainlah susahnya..tapi kali ni mkn 2 kali lagi..memang sedaplah..tak caya nanti bolehla cuba...
Hasilnya

Masih panas nih!!!baru jer masak......
Nyum3x...
Dimakan bersama ayam kurma & acar timun..mulanya ingat nak masak ayam masak merah, 
tapi ank teruna aku x suka kalu masakan pedas2 so aku msk ayam kurma jer...
kira oklah makan dengan nasi tomato ni..
Bukannya aper buat mcm ni..nak bagi ank teruna aku suka & berselera nak mkn...

Kalau nak mencuba aku copy resepinya nih!!
Bahan2nya
2 cawan beras basmati ( aku guna beras biasa jer )
2 cawan air
2 biji tomato dipotong dad
1/2 cawan susu ( aku guna susu pekat letak dlm 2 sudu jer )
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
Sedikit garam

Bahan utk tumis
2 sudu mentega / minyak sapi ( aku guna minyak biasa jer )
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih dihiris

Cara
Tumis bhn yg sepatutnya ditumis. Bila naik bau, masukan beras yg telas dbasuh &
ditoskan kemudian masukan air & kesemua bhn2 di atas tadi.
Masak seperti memasak nasi biasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP TEN MEMBER VISIT

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..