Monday, February 21, 2011

Ayam Masak Asam

Hari ni masak menu yg sepatutnya nak masak semalam , tapi x jadi memandangkan semalam dah ada lauk..kat umah aku ni kalau masak lebih daripada dua lauk gerenti membazir..tak habis..so tunda ke hari ni..Inilah menu hari ini,Ayam Masak Asam...kalu tak silap resepi ni aku ambik dalam buku Resepi Masakan Kampung keluaran Alaf 21...yg dah lama aku beli..buku pon entah...tak tau simpan kat ner..kalu nak tengok balik ..nampak gayanya kena carilah....
Kepada kawan2 yg baru masuk dalam blog ni, sebenarnya blog ni bukanlah blog masakan...aku tak layak lagi sebenarnya nak  create satu blog masakan..just nak berkongsi & abadikan kisah2 seharian hidupku bersama keluarga...semoga menjadi satu memori yg indah dalam hidup kami sekeluarga...


Bahan2nya
Ayam sebelah
4 ulas bawang putih *
10 ulas bawang merah *
Sedikit lengkuas *
4 biji lada kering *
Sedikit serbuk kunyi / kunyit hidup *
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut
sedikit kerisik
air asam jawa
perisa garam & gula

Cara2nya

Semua bahan bertanda * di blended & ditumis sehingga garing.
Masukan ayam, air asam jawa, serai & daun limau puruk.
Tutup periuk & masak ayam sampai empuk.
Kemudian masukan kerisik & perisa secukup rasa.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP TEN MEMBER VISIT

Laguku

Kau yg merubah segalanya..
kau sebenarnya yg mencuri hati
aku yg masih meratapi kehancuran
cinta lalu yg tak kesampaian

Apakah aku yg terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona
pada kejujuran yg engkau berikan

Tercipta suatu ikatan ...
Yg kita bina dari kehancuran
Masa silamm.....
Oh tuhan...
Kau restukanlah cinta indah
bagai pelangi kekal abadiey

Masih jauh sayang perjalanan kita
Pasti ada yg beronak duri
Namun tiada yg berubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati..